assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sunday, March 05, 2006























KENANGAN BERSAMA AMIRUL ERFAN...
AMIRUL ERFAN BIN SAAT ,DILAHIRKAN PADA 25 JANUARI 2005.TINGGAL BERSAMA AYAH SEHINGGA 8 JUN 2003 SAHAJA.
YA ALLAH,SEMOGA AKU MENDAPAT PELUANG BERSAMA ERFAN SEBAGAIMANA SUATU MASA DAHULU.....
AMIN.....



Mount Kinabalu

Any Malaysian would tell you that a trip to Sabah wouldn’t be complete if you didn’t swing by Mount Kinabalu. Only about 90km from the capital city of Kota Kinabalu, it is an awesome sight, the highest mountain in all of South-East Asia. The mountain is 4093 meters high, and scientists say, it is still growing, at about 5mm every year. A miniscule amount, you may say, but give it a few hundred million years and it will overtake Everest as the highest mountain by a wide margin!









BERSAMA ANAK WARGA VIETNAM..NENEK MOYANG MEREKA MERAMPAS TANAHAIRKU..SABAR22 AJELA...




GAMBAR DI MUZIUM HO CIN MINH VIETNAM.DI SINI PELBAGAI ARTOFAK DAN BARANG SEJARAH KERAJAAN CHAMPA MASIH TERSIMPAN.

kenangan bersama amirul erfan...





artikel:
KESIHATAN DIRI DAN MASYARAKAT(PENTING)
Pengertian Kecergasan Fizikal
Kesihatan fizikal melibatkan fungsi fisiologi dan anatomi badan. Tahap kesihatan fizikal dapat dicapai apabila seseorang itu berupaya menjalankan aktiviti-aktiviti harian pada paras optimum tanpa mengalami keletihan yang terlampau serta dapat menghadapi keadaan kecemasan dengan cukup bertenaga.
Kesihatan fizikal merangkumi:
kecergasan fizikal untuk kesihatan
kecergasan fizikal untuk kemahiran dan prestasi dalam pertandingan sukan dan permainan.
Kecergasan fizikal untuk kesihatan melibatkan aspek-aspek berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang membolehkan seseorang menghindari penyakit yang disebabkan oleh kekurangan aktiviti fizikal seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.
Kecerdasan fizikal untuk kemahiran dan prestasi dalam sukan dan permainan adalah keupayaan seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga, daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, keterampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan.

PENGENALAN
Konsep kesihatan meliputi aspek yang luas. Menurut apa yang dipersetujui semasa Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama pada tahun 1948, anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), "Kesihatan bermakna sihat dari aspek fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan atau kecederaan."
Kini konsep kesihatan bukan sahaja melibatkan aspek fizikal mental dan sosial tetapi juga merangkumi emosi dan rohani.

Komponen Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal terdiri daripada 5 komponen. Komponen-komponen tersebut akan menentukan kekuatan, stamina, kelembutan dan kecekapan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal bergantung kepada faktor-faktor berikut:
umur

faktor genetik

jantina dan

berat badan.






Pengukuran Aerobik Cooper
Tahap kecergasan fizikal dapat diukur dengan menggunakan data kecergasan piawai Pengukuran Aerobik Cooper. Menurut Dr. Kenneth H.Cooper, kuasa aerobik merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan sesuatu aktiviti lebih daripada tiga minit secara berterusan tanpa mudah berasa letih.

Kuasa aerobik juga menunjukkan kemampuan sistem kardiovaskular, sistem respirasi dan otot untuk menanggung beban tambahan akibat aktiviti fizikal.

Semasa aktiviti fizikal dijalankan, asid laktik akan terkumpul menyebabkan otot dan badan berasa letih. Peningkatan kecekapan jantung, sistem peredaran darah dan sistem respirasi dapat mengatasi keadaan ini.

Pengukuran aerobik Cooper mengukur pengambilan oksigen yang maksimum oleh seseorang selepas melakukan sesuatu aktiviti fizikal secara berterusan selama lebih daripada tiga minit. Sistem ini mengukur jarak yang dilalui oleh seseorang itu dalam masa 12 minit. Jarak ini kemudian dirujukkan kepada data kecergasan piawai.

Tahap Kecergasan
Fizikal
Ukuran Jarak (km)
Lelaki Perempuan
Cemerlang >2.74 >1.94
Baik 2.58 - 2.74 1.87 - 1.95
Sederhana 2.45 - 2.57 1.83 - 1.86
Lemah 2.30 - 2.44 1.77 - 1.82
Sangat Lemah <2.30 <1.77



PEMELIHARAAN DAN PENJAGAAN MATA
Mata dilindungi oleh dua kelopak mata apabila tertutup. Bahagian hadapan bebola mata sentiasa dibasahi oleh bendalir yang dirembeskan oleh kelenjar lakrimal. Bendalir ini merupakan antiseptik semula jadi. Ia mengandungi natrium klorida, natrium karbonat dan enzim lisozim. Lapisan konjunktiva yang lutsinar dan nipis di badapan mata mencegah kemasukan bakteria ke dalam mata. Konjunktiva ini bersambung terus dengan kelopak mata dan berfungsi melindungi kornea mata.

Kornea ialah bahagian lutsinar yang membenarkan cahaya masuk ke dalam mata. Iris mempunyai satu bukaan dinamakan anak mata yang membenarkan cahaya masuk. Kanta mata berbentuk dwicembung dan lutcahaya berfungsi untuk memfokus imej pada retina. Gelamair merupakan ruang cecair di depan kanta mata membiaskan cahaya supaya imej terbentuk pada retina. Gelamaca, ruang di belakang mata yang berjeli bertindak sebagai pembias cahaya.

Penjagaan dan pemeliharaan mata adalah penting untuk menjaga kesihatan mata serta mengelak daripada jangkitan penyakit mata.

Langkah penting dalam penjagaan mata:


Elakkan menyentuh di sekitar kawasan mata dengan tangan yang kotor.

Elakkan berkongsi sapu tangan atau tuala orang yang mengidap penyakit mata.

Elakkan bermain dengan objek-objek tajam.

Menggunakan alat pelindung mata yang sesuai semasa bekerja.

Elakkan memandang tepat ke arah matahari atau punca-punca lampu yang kuat.

Membaca dan menulis dalam cahaya yang cukup terang.

Jangan menggosok mata apabila terdapat benda asing seperti habuk dan debu yang memasuki mata.


Glaukoma
Glaukoma terjadi apabila terlalu banyak gelemair terdapat dalam bebola mata. Ini berlaku apabila alur di sekeliling hujung iris yang mengalirkan gelemair tersekat.
Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di bahagian gelemair secara berterusan. Bendalir ini mengalir keluar secepat ia dihasilkan. Gelemair yang berlebihan akan mengenakan tekanan ke atas kanta mata, gelemaca dan retina. Tekanan yang berlebihan akan merosakkan sel saraf retina dan saraf optik akhirnya boleh menjejaskan penglihatan atau menyebabkan buta.

Pesakit biasanya berasa sakit pada mata dan mungkin juga kepalanya. Mata mudah berair dan menjadi merah pada bahagian mata putih, anak mata membesar dan kelopak mata membengkak. Kira-kira 2% individu yang berumur lebih daripada 40 tahun menghadapi risiko menghidap glaukoma. Glaukoma boleh dirawat menggunakan ubat mata atau melalui pembedahan.





KETUMBIT
Ketumbit adalah suatu jangkitan bakteria stafilokokus pada folikel rambut kelopak mata atau pada kelenjar minyak dalam kelopak mata.

Ketumbit kelihatan sebagai bengkak-bengkak kecil yang berwarna merah dan kelopak mata berasa sakit. Kemudian ketumbit akan bertukar warna menjadi kuning apabila nanah berkumpul di dalamnya. Akhirnya ketumbit akan pecah untuk membebaskan nanah dan sembuh dengan sendirinya.

Ketumbit juga boleh berlaku kerana anemia (kekurangan sel darah merah), kencing manis atau tidak mendapat gizi seimbang. Untuk mengelakkan ketumbit amalkan kebersihan fizikal dalam kehidupan harian.

Trakoma
Trakoma diakibatkan oleh jangkitan chlamydia yang menyerang selaput kelopak mata. Pada mulanya mata kelihatan kemerah-merahan dan berair seperti konjunktivitis.
Selepas beberapa minggu bengkak kecil berwarna kelabu yang kemerah-merahan terbentuk pada permukaan dalam kelopak mata atas dipanggil folikel. Kemudian satu jalur kelabu yang dikenali sebagai panus muncul pada bahagian atas kornea. Kornea mungkin tercedera dan mata menjadi buta.

Antibiotik digunakan untuk merawat trakoma. Trakoma lazimnya berlaku di kawasan yang mengalami masalah habuk, air dan lalat.

Penjagaan dan Pemeliharaan Telinga
Fungsi utama telinga ialah sebagai organ pendengaran dan organ pengimbangan. Penjagaan telinga penting untuk mengelakkan penyakit telinga dan memelihara pendengaran yang baik. Salur auditori sentiasa menghasilkan lilin atau tahi telinga untuk melindungi bahagian telinga dalam daripada serangan mikroorganisma. Pengumpulan tahi telinga yang banyak dalam salur auditori dakan mengganggu getaran gegendang telinga dan seterusnya menjejaskan pendengaran. Pendengaran dapat dipulihkan setelah tahi telinga dikeluarkan.
Kebersihan rongga nasal dan rongga mulut mesti dijaga kerana sebarang jangkitan pada bahagian ini mungkin akan merebak ke telinga melalui tiub Eustachia.

Kerosakan telinga juga boleh berlaku akibat daripada pendedahan kepada bunyi kuat yang berterusan.

Seseorang yang mengidap penyakit telinga perlu mendapat rawatan segera supaya penyakit ini tidak bertambah serius dan menyebabkan pengidapnya menjadi pekak.


Bisul

Bisul biasanya terdapat pada salur auditori. Pada mulanya telinga berasa gatal. Ia kemudiannya akan berasa pedih dan sakit. Sekiranya bisul bertambah besar sehingga menutupi salur telinga, pendengaran akan terganggu.



Labirintis
Penyakit ini berlaku apabila telinga dalam yang berkaitan dengan pengimbangan iaitu salur separuh bulat tersumbat. Pengidap akan mengalami pening kepala dan telinga terasa berdengung. Dalam kes yang teruk, pesakit tidak dapat mengimbangi badannya. Sekirannya terdapat jangkitan, antibiotik perlu diberikan. Biasanya pemulihan berlaku selepas beberap hari. Jika tidak dirawat pesakit akan menjadi pekak.


Otitis
Otitis adalah radang telinga. Radang ini boleh berlaku di salur auditori, telinga tengah dan telinga dalam akibat jangkitan bakteria atau virus.
Otitis eksterna ialah jangkitan tiub auditori. Keadaan ini berlaku apabila benda asing masuk ke dalam salur auditori. Tiub auditori boleh berdarah dan bendalir mengalir keluar. Telinga kadang-kadang berbau busuk. Larutan antiseptik boleh digunakan untuk membersihkan tiub auditori telinga luar.

Otitis media adalah penyakit radang telinga tengah dan boleh menyebabkan sakit telinga serta kehilangan pendengaran. Ini boleh disebabkan tiub Eustachio tersumbat akibat alergi nasal atau selsema. Satu vakum terbentuk dalam telinga tengah serta digenangi bendalir (nanah) yang memberi tekanan kepada gegendang telinga. Akhirnya tekanan nanah menebuk satu lubang pada gegendang telinga dan nanah akan meleleh keluar melalui tiub auditori.


Penjagaan dan Pemeliharaan Mulut
Mulut ialah punca utama kemasukan bakteria melalui udara, makanan dan minuman. Aspek penting dalam kesihatan mulut ialah penjagaan gigi dan rongga mulut. Mulut yang sihat bermakna gusi yang sihat, gigi yang kuat dan nafas yang tidak berbau busuk. Antara amalan yang baik dalam penjagaan kesihatan mulut adalah:

Menggosok gigi dengan cara yang betul dan sempurna terutama selepas makan untuk mengelak pembentukan plak iaitu campuran air liur, bakteria dan sisa makanan yang melekat kepada gigi. Jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit gigi dan gusi.

Menghindari makanan bergula yang bukan sahaja menyebabkan kerosakan gigi tetapi juga mengakibatkan penyakit lain seperti kencing manis dan kegemukan.

Perlu membuat pemeriksaan gigi oleh doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mengesan sebarang kerosakan awal pada gigi.

Mengamalkan tabiat makanan yang sihat. Untuk membina gigi yang kuat dan sihat, gizi seseorang mestilah mengandungi kalsium, fosforus dan vitamin D.

Kebersihan rongga mulut perlu dijaga dengan menggunakan pencuci mulut yang dapat dielakan disamping membantu mengurangkan pembentukan plak.

Gingivitis
Gingivitis ialah penyakit gusi yang paling biasa dan disebabkan tindakan bakteria ke atas gula dalam plak. Celah terbentuk di antara gusi dan gigi disebabkan oleh toksin terbentuk. Seterusnya rongga ini akan berisi dengan butiran sisa makanan dan plak. Plak yang terenap akan membentuk tartar. Gusi membengkak dan mudah berdarah.

Periodontitis
Periodontitis berlaku apabila bakteria pada plak memusnahkan tisu peridontium (tisu bergentian yang memegang gigi pada soketnya). Gigi menjadi longgar dan akhirnya tanggal.

Ulser Mulut
Membran mukus melapik keseluruhan permukaan dalam rongga mulut, gusi dan bibir dan sentiasa mengalami kehausan. Ulser mulut kelihatan sebagai vesikel kecil berwarna putih, disebabkan serangan bakteria ke atas membran mukus yang pecah. Ulser mulut juga berlaku apabila seseorang itu mengalami tekanan perasaan. Mulut berasa sakit dan sukar hendak makan. Ulser mulut dirawat mengguna krim ulser atau pencuci mulut antiseptik.

Tonsilitis
Tonsil adalah dua tisu merah di kedua-dua belah kerongkong. Tonsilitis berlaku akibat jangkitan bakteria Streptococcus. Tisu tonsil bengkak dan merah dan kadang-kadang berserta dengan ulser. Tonsilitis boleh dirawat dengan antibiotik. Pembedahan untuk mengeluarkan tonsil dilakukan bagi mereka yang sering mengidap tonsilitis.

Karies Gigi
Bakteria anaerobik pada plak gigi mengeluarkan asid laktik yang melarutkan enamel, simen dan dentin gigi. Gigi berlubang dan akan merasa sakit jika lubang sampai ke dentin dan akhirnya ke pulpa gigi. Seterusnya abses (bengkak menanah) terhasil.


Penjagaan dan Pemeliharaan Kulit
Kulit adalah lapisan paling luar tubuh, merupakan deria sentuhan dan menghalang kemasukan mikroorganisma merbahaya ke dalam badan. Ia terdedah kepada kekotoran dan debu yang membentuk daki. Daki akan menutupi liang-liang badan. Ia menghasilkan bau busuk dan menjadi tempat pembiakan kuman.

Jerawat
Pada peringkat remaja kelenjar sebum merembeskan sebum berlebihan disebabkan perubahan hormon.
Sebum menyekat kelenjar serta folikel rambut. Jangkitan bakteria berlaku pada kelenjar sebum yang tersekat.

Bintik-bintik hitam dan putih terbentuk pada bahagian muka, leher, dada dan di belakang badan. Kulit perlu dibersihkan dengan antiseptik untuk mengelakkan jerawat.

Kudis Buta
Kudis buta berlaku pada kulit yang kotor dan lembab seperti celah jari dan ketiak. Penyakit ini disebabkan oleh tungau (sejenis kutu) yang menembusi kulit dan bertelur di dalamnya. Ruam terbentuk pada permukaan kulit bila telur menetas. Kulit berasa gatal. Pesakit akan menggaru menyebabkan kulit pecah. Patogen lain mungkin memasuki bahagian kulit yang pecah itu. Kudis buta boleh merebak menerusi sentuhan.
Tungau atau nama saintifiknya, Sarcoptes scabiei merupakan organisma yang menyebabkan Kudis Buta.

Kurap
Kurap disebabkan oleh kulat. Terdapat berbagai jenis kurap seperti kurap dagu, kurap kuku, kurap kulit kepala dan kurap tubuh.
Kulit mula-mula kelihatan sebagai tompok-tompok merah yang kecil dan merebak menjadi besar. Kulit berasa gatal. Kurap boleh dirawat dengan ubat antikulat.
Penyakit kurap biasanya terdapat di kawasan beriklim panas dan lembab.

Panau
Panau disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat.Jangkitan panau akan menyebabkan pembentukan tompok-tompok berwarna cerah berbanding dengan kulit. Kulit tidak berasa gatal. Panau boleh dirawat dengan mengeringkan badan dengan baik dan menggunakan ubat antikulat.

Lepuh-lepuh
Lepuh-lepuh atau pemfigus merupakan sejenis penyakit kulit yang serius. Penyakit ini boleh membawa maut terutama apabila pesakit tidak boleh makan. Struktur kulit pesakit mengalami perubahan yang serius.

Psoriasis
Kulit yang dijangkiti mengeluarkan sisik berwarna keperak-perakan. Bahagian yang biasa terjejas ialah kulit siku tangan, lutut, belakang punggung dan kulit kepala.
Faktor genetik dipercayai penyebabnya. Tidak ada cara yang boleh menyembuhkan penyakit ini dengan sempurna. Ubat-ubat seperti antimetabolit atau kortikosteroid kadangkala digunakan walaupun mempunyai kesan sampingan.


Ekzema
Ekzema atau dermatitis atopik terjadi pada orang yang mempunyai kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembab.
Tekanan emosi, mandi berlebihan atau penggunaan sabun yang kuat boleh menggalakkan ekzema. Kulit kelihatan kemerah-merahan dan membengkak serta berasa gatal. Tidak ada ubat untuk ekzema. Rawatan hanya untuk melegakan rasa ketidakselesaan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder.




Folikulitis
Folikulitis disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut.Pesakit berasa gatal dan pedih. Untuk merawat penyakit ini, ubat antibiotik digunakan. Selain daripada itu, minyak merkuri beramonia juga digunakan. Sekiranya tidak dirawat, folikulitis akan menjadi kronik dan berlanjutan untuk bertahun-tahun.

Impetigo
Impetigo ialah penyakit berjangkit yang menyerang kulit muka. Penyakit ini bermula sebagai bintik kecil merah diikuti lepuh kecil.
Pesakit akan berasa gatal yang teruk tetapi tidak sakit. Penyakit ini sukar diubati dan mudah berjangkit.


Cara Hidup yang Mempengaruhi Kesihatan

1. Pekerjaan
Pekerjaan yang berlainan memerlukan kuantiti tenaga seharian yang berlainan. Kerja yang memerlukan banyak tenaga dan sentiasa berada di bawah cahaya matahari terdedah kepada sinar ultra ungu mengakibatkan barah kulit.
Pekerjaan yang melibatakan pemikiran yang banyak dan sentiasa tegang boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

Pekerja yang terdedah kepada bahan yang merbahaya seperti gas pencemar, racun serangga, asid, alkali, asbestos dan habuk akan merosakkan sistem respirasi dan mudah mendapat kanser paru-paru dan kanser kulit.

Pekerja pejabat menggunakan kurang tenaga berbanding dengan buruh. Pekerja pejabat yang tidak berpeluh tetapi sentiasa berada di bawah ketegangan dan tekanan kerja senang mendapat penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi (hipertensi).

Pekerja di tempat yang bising seperti di lapangan terbang dan bengkel kejuruteraan biasanya terdedah kepada bunyi bising yang berterusan. Mereka berisiko tinggi menjadi pekak.

Pekerja yang terdedah kepada suhu tinggi dan cahaya terang mempunyai risiko tinggi menghidap katarak.

Kegiatan Sosial
Kegiatan Sosial Yang Sihat
Kegiatan sosial yang sihat terdiri daripada aktiviti-aktiviti seperti bersukan, aktiviti kebajikan dan masyarakat serta bersenam. Ia menjadikan badan cergas dan sihat.
Kegiatan Sosial Yang Tidak Sihat
Antara aktiviti-aktiviti sosial yang akan menjejaskan kesihatan tubuh seseorang adalah seperti merokok, meminum minuman beralkohol dan menagih dadah.


Merokok
Seseorang boleh mula merokok untuk diterima oleh kumpulan sosial. Merokok boleh menjejaskan kesihatan diri di samping mencemarkan udara dan menjejaskan kesihatan orang ramai.

Tabiat merokok berterusan akan mengakibatkan kanser paru-paru, kanser mulut dan tekanan darah tinggi, ulser perut dan sebagainya. Tar tembakau yang terenap dalam bronkus dan peparu perokok akan mengakibatkan bronkitis dan seterusnya bertukar kepada kanser peparu.

Minuman Beralkohol
Mengambil minuman beralkohol secara berterusan akan mengakibatkan ketagihan. Alkohol mengakibatkan kanser, penyakit jantung dan sirosis hati. Ibu yang mengandung jika mengambil banyak minuman beralkohol akan melahirkan anak yang cacat atau mati.

Menagih Dadah
Dadah digunakan pada mulanya sebagai ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit di bawah preskripsi doktor. Penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan ketagihan dan menjejaskan kesihatan tubuh. Kebersihan diri terabai, fikiran terganggu, sentiasa mengantuk dan suka berkhayal merupakan di antara kesan akibat penagihan dadah.

Gizi Seimbang
Gizi makanan seimbang penting untuk memelihara kesihatan badan. Gizi seimbang membantu membina daya tahan seseorang terhadap penyakit. Ia bergantung kepada umur, saiz badan, jantina dan aktiviti harian.
Pengambilan gizi makanan yang tidak seimbang menyebabkan penyakit-penyakit seperti berikut:
Diabetis melitus

Tekanan darah tinggi

Trombosis koronari

Penyakit kekurangan zat

Kekurangan vitamin dan mineral akan menjejaskan proses fisiologi seperti respirasi sel dan kurang daya tahan badan terhadap jangkitan penyakit. Tabiat suka minum kopi atau teh pekat sebagai cara hidup moden mengakibatkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Kesemua minuman ini mengandungi kafein.








Alam Sekitar
Alam sekitar yang tercemar mempengaruhi kesihatan seseorang. Kesihatan seseorang terancam apabila tinggal di tempat yang banyak tercemar oleh debu, asap, kabut, karbon monoksida, sulfur dioksida, oksida nitrogen, pestisid, insektisid, sinaran radioaktif dan bahan buangan toksik daripada kilang.
Kawasan perumahan atau persekitaran kerja yang sentiasa mengeluarkan bunyi yang kuat boleh mengganggu ketenteraman fikiran seseorang dan mengakibatkan tekanan emosi.

Keadaan Keluarga
Ekonomi
Keluarga yang miskin mudah mendapat penyakit. Kemiskinan dikaitkan dengan kekurangan makanan berkhasiat dan kurang berkemampuan untuk mendapat rawatan. Biasanya mereka tinggal di tempat yang sesak dan kurang sanitasi di mana penyakit mudah merebak.
Keadaan Tenteram Atau Kucar-Kacir
Keluarga yang tidak tenteram seperti mengalami masalah peribadi akan menyebabkan tekanan dalam hidup. Tekanan hidup boleh menyebabkan penyakit seperti tekanan jiwa, ulser dan darah tinggi.

Pendidikan
Keluarga yang berpendidikan memberi perhatian kepada kesihatan. Mereka juga akan lebih memberi perhatian kepada kebersihan dan akan mendapatkan rawatan moden bila menghadapi masalah kesihatan.
Bilangan Ahli
Keluarga yang besar biasanya tidak mendapat perhatian, kasih sayang dan makanan yang mencukupi. Ini mengakibatkan penyakit kekurangan zat, gangguan emosi dan masalah kesihatan mental dan fizikal.

Kesihatan Mental
Kesihatan mental dapat didefinisikan sebagai sejauh mana seseorang itu dapat menyesuaikan diri secara dalaman antara unsur-unsur penggerak dan pendorong serta juga menyesuaikan diri secara luaran apabila berinteraksi dengan masyarakat.
Kesihatan mental merujuk kepada keadaan akal yang sihat dan tidak cacat untuk menerima rangsangan kemudian berupaya menilai dan menaakul supaya menghasilkan tindak balas yang munasabah dan bernas. Dalam keadaan yang sihat seseorang berkeupayaan untuk mengendalikan sebarang cabaran atau desakan tanpa ketegangan yang berlebihan malah penuh tanggung jawab serta rasional.
Ciri-ciri mental yang sihat:
Boleh berfikir dengan jelas dan wajar.
Mempunyai fikiran yang waras.
Berfikir secara rasional.
Dapat membuat keputusan yang cepat dan positif pada saat genting.
Bersikap positif dan ada keghairahan untuk hidup.
Berkasih sayang
Tabah dan sabar
Tenang dan tidak terlalu beremosi atau mengalami kerisauan tanpa sebab.
Berfikiran terbuka dan mempunyai pandangan hidup yang luas kesan keseimbangan dan keharmonian antara pertumbuhan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kesan Fisiologi
Kesan keadaan fisiologi terhadap kesihatan mental dipengaruhi oleh:
Ketidakseimbangan Hormon
Hormon ialah bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin ke dalam sistem peredaran darah.

Hormon dari Kelenjar Tiroid
Kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroksina. Ketidakseimbangan hormon ini boleh menjejaskan kesihatan mental. Kekurangannya (hipotiroid) boleh mengakibatkan kecacatan otak atau perkembangan otak yang tidak sempurna. Keadaan ini disebut kretinisme.

Kelebihan tiroksina (hipertiroid) dicirikan oleh keresahan, kegelisahan, kebingungan, proses pemikiran yang cepat, kekeliruan dan khayalan. Gangguan mental ini disebut Penyakit Graves. Penyakit ini dapat dirawat dengan dadah anti-tiroid atau mengeluarkan kelenjar tiroid melalui pembedahan dan diikuti dengan rawatan dos tiroksina yang sesuai.

Hormon dari Kelenjar Adrenal
Kelenjar adrenal merembeskan hormon adrenalin. Kekurangan adrenalin menyebabkan perasaan rimas dan was-was serta tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Pengeluaran hormon glukokortikoid boleh membetulkan keadaan ini. Berlebihan glukokortikoid menyebabkan ketidakseimbangan mental seperti selera makan meningkat, tidak boleh tidur dan terlalu gembira tanpa sebab.

Sindrom Prahaid (PMS)
Keadaan ketidakseimbangan hormon yang berlaku sebelum atau ketika haid menyebabkan sindrom prahaid. Tanda-tanda sindrom ini adalah mudah marah, muram, mudah letih, mudah tersinggung dan kadang-kadang mengalami sakit perut atau sakit kepala yang teruk.

Semua gejala ini disebabkan oleh perubahan aras hormon seks seperti estrogen dan progesteron. Namun demikian bukan semua perempuan mengalami sindrom prahaid. Gejalanya berbeza-beza mengikut individu.

Sindrom Putus Haid
Ketidakseimbangan hormon yang berlaku kepada wanita yang putus haid juga boleh menyebabkan seseorang mengalami ketegangan dan kemerosotan mental. Tanda-tandanya termasuk berasa muram, gelisah, takut dan bimbang akan perkara yang sudah biasa dilakukan olehnya, benci akan orang di sekitarnya dan berasa susah untuk tidur.




Kecederaan pada Bahagian Otak
Kecederaan otak boleh menyebabkan ketidakseimbangan mental. Otak mudah dicederakan oleh racun kimia dan kecederaan fizikal. Antara kesan ketidakseimbangan mental adalah amnesia, kecacatan dan lumpuh.

Amnesia
Pesakit akan hilang ingatan untuk sementara. Kadang-kadang mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Kecacatan
Fungsi-fungsi seperti pertuturan dan pemahaman terencat jika bahagian otak yang mengawalnya cedera.

Lumpuh
Pengawalan dan kordinasi pergerakan terjejas jika bahagian otak yang terlibat tercedera. Contohnya 'Parkinson's Disease', di mana pengidapnya sukar untuk mengawal pergerakan.

Dadah
Penggunaan dadah yang berlebihan dan berlarutan akan membawa kepada kerosakan sel-sel otak. Ini menjejaskan segala proses intelek otak. Penyalahgunaan dadah menyebabkan:
Mabuk, khayal dan ketagihan
Daya ingatan dan kordinasi terjejas
Tidak berupaya menyelesaikan masalah

Alkohol
Pengambilan alkohol yang berlebihan akan:

Mengganggu fikiran dan akitiviti di bawah kawalan saraf.

Gangguan psikologi

Kerosakan hati seperi sirosis hati

Kesan Kerja Berat
Badan yang kurang sihat dari segi fisiologi akan mempengaruhi kesihatan mental. Kerja berat membeban dan meletihkan badan tanpa berehat akan menjejaskan keadaan fisiologi. Seseorang yang selalu gelisah, risau dan takut boleh mengganggu proses fisiologi seperti pencernaan dan boleh menyebabkan gaster.
Pengalaman Trauma
Kegiatan fisiologi dan psikologi yang sukar dilupakan atau yang boleh memberikan kesan jangka panjang kepada seseorang akan memberikan kesan terhadap fisiologi seperti pertumbuhan, rembesan hormon dan sebagainya. Jika dibiarkan berlanjutan penyakit mental berlaku.
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kesihatan Fizikal Komuniti
Kesihatan komuniti merangkumi aspek-aspek kesihatan penduduk, keluarga dan individu yang membentuk sesebuah komuniti. Kesihatan komuniti bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Persekitaran Fizikal
Kawasan perumahan mestilah mempunyai bekalan elektrik, air bersih, kemudahan sanitari, terletak di lokasi yang sesuai iaitu tidak berdekatan dengan kilang atau tempat yang bising, bebas dari pencemaran mempunyai kemudahan pengangkutan. Kawasan perumahan mestilah tidak terlalu sesak dan mempunyai pengudaraan yang baik. Persekitaran rumah hendaklah bebas dari sebarang penyakit berjangkit.

Taraf Kehidupan
Terdapat hubungan antara taraf kesihatan dengan taraf kehidupan. Taraf kehidupan boleh dikaitkan
dengan penyakit dalam sesuatu komuniti. Kemiskinan boleh menyebabkan keadaan malnutrisi,
defisiensi, jangkitan penyakit atau penyakit seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit
kardiovaskular yang dikaitkan dengan kemewahan hidup.
Taraf ekonomi ahli-ahli komuniti mempengaruhi kesihatan masyarakat. Penduduk yang mempunyai taraf kehidupan yang baik lebih bersedia dan mudah untuk menerima perubahan dan menghayati amalan kesihatan yang baik. Mereka sanggup membayar untuk perkhidmatan kesihatan yang sempurna.

Jika taraf kehidupan rendah, mereka tidak mungkin mudah menerima perubahan yang membawa kebaikan jika bayaran dikenakan.


Budaya

Budaya merangkumi sikap ahli sesuatu komuniti. Ia memainkan peranan penting untuk menjamin kesihatan. Cara sesuatu komuniti menghadapi masalah kesihatan bergantung kepada budaya komuniti tersebut. Kadangkala kepercayaan dan pantang larang sesuatu komuniti boleh menjejaskan kesihatan masyarakat.

Budaya menggalakkan cara hidup serta amalan yang mementingkan kesihatan, sikap positif dan amalan nilai murni boleh membantu mengendalikan kawasan tersebut. Beban kerja dan kos perbelanjaan dapat dipermudahkan.


Agama
Agama mengamalkan penganutnya mengamalkan nilai kebersihan fizikal selain daripada kebersihan rohani. Kebersihan kepada kepercayaan amalan agama akan menggalakkan ahli komunit mengamalkan sikap-sikap murni seperti bekerjasama dan menyumbangkan bakti untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Jenis Pekerjaan
Jenis pekerjaan berkaitan dengan taraf sosio ekonomi dan kesihatan. Taraf sosio ekonomi dikaitkan dengan penyakit-penyakit. Misalnya bagi seseorang yang selalu mengalami tekanan di dalam pekerjaan mudah mengidap penyakit jantung koronari.

Mereka yang bekerja dalam keadaan terdedah kepada sinaran radioaktif berkemungkinan mengidap penyakit kanser. Maka kesihatan komuniti kawasan ini berbeza daripada kesihatan komuniti yang tinggal di tempat lain.

Kesihatan Komuniti
Komuniti yang sihat memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit. Penyakit wabak seperti demam denggi, taun, rubela, hepatitis, sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan penyakit hubungan jantina merupakan penyakit yang dapat dihindari jika terdapat kerjasama komuniti.

Peranan Komuniti dalam Pencegahan Penyakit Denggi
Penyakit ini seringkali menyerang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tetapi orang dewasa boleh juga dijangkiti.

Rawatan yang lewat boleh membawa maut. Nyamuk aedes membiak dalam air bertakung seperti dalam tempayan, tin kosong, pasu bunga, kolam, longkang dan sebagainya.
Penyakit denggi boleh dikawal dengan kerjasama setiap ahli komuniti. Pesakit denggi perlu mendapat rawatan di pusat rawatan dan dikuarantinkan supaya penyakit ini tidak merebak.

Peranan Komuniti dalam Pencegahan Penyakit Taun
Makanan tercemar apabila dihinggapi lalat. Bakteria melekat pada badan dan kaki lalat yang berbulu. Apabila lalat menghinggap pada makanan bakteria akan dipindahkan kepada makanan itu.
Ahli-ahli komuniti boleh menolong mencegah perebakkan penyakit taun dengan:

mengamalkan kebersihan dalam penyediaan makanan.

memasak air sebelum diminum.

menjaga kebersihan persekitaran rumah supaya lalat tidak membiak.

mengadakan sistem pembuangan kumbahan yang sempurna.

Peranan Komuniti dalam Pencegahan Penyakit Rubela
Penyakit rubela disebabkan oleh virus rubela. Penyakit ini boleh merebak melalui udara atau titisan air. Rubela tidak merbahaya pada kanak-kanak tetapi merbahaya kepada wanita yang mengandung. Virus rubela boleh menyebabkan kecacatan pada bayi yang akan dilahirkan.

Penyakit rubela dapat dicegah melalui program pengimunan. Suntikan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak adalah satu langkah yang baik untuk mencegah penyakit ini.

Peranan Komuniti dalam Pencegahan Penyakit Hepatitis
Terdapat dua jenis hepatitis iaitu Hepatitis A dan Hepatitis B. Penyakit hepatitis disebabkan oleh virus yang mencemar makanan dan minuman serta melalui perkongsian jarum suntikan yang tercemar dengan darah pesakit hepatitis. Hepatitis B dapat juga merebak melalui cecair badan seperti darah, air liur dan air mani.

Gejala-gejala penyakit hepatitis ialah:

demam

sakit pada bahagian abdomen

tanda kekuningan pada mata dan tubuh selepas beberapa hari jangkitan

tidak ada selera makan

Kedua-dua jenis hepatitis ini menyerang hati. Hepatitis B mungkin menyebabkan pesakit menghidap barah hati dan menyebabkan kematian.
Pencegahan terhadap penyakit hepatitis adalah seperti berikut:
mendapatkan suntikan pengimunan dengan segera kepada bayi yang baru lahir dan orang ramai.
elakkan dari makan atau minum di tempat-tempat kotor.
elakkan penggunaan jarum suntikan yang sama.
mengskrinkan semua darah dan bahan ekstrak darah sebelum transfusi darah dilakukan ke atas pesakit yang memerlukannya.
pesakit perlu dirawat dengan segera.

Peranan Komuniti dalam Pencegahan Penyakit AIDS
AIDS atau Sindrom Daya Kurang Tahan disebabkan oleh virus HIV. Virus ini bertindak melumpuhkan sistem pertahanan semula jadi badan seperti sel darah putih. Akibatnya badan pesakit tidak berupaya menahan serangan daripada patogen yang lain yang biasanya tidak merbahaya kepada individu sihat. Pesakit mudah dijangkiti oleh berbagai penyakit yang lain dan membawa maut. Sehingga kini masih belum ada vaksin yang dijumpai untuk memberi imuniti kepada orang ramai terhadap penyakit ini.

Peranan Komuniti Dalam Pencegahan Penyakit AIDS:

Mendidik orang ramai tentang bahayanya menghidap AIDS dan mengelakkan hubungan seks secara rambang.

Menghapuskan masalah penyalahgunaan dadah terutama melalui perkongsian jarum yang tercemar dengan virus HIV.

Darah yang didermakan perlu diskrinkan sebelum digunakan.

Memberikan pendidikan formal dan tidak formal tentang masalah AIDS melalui media masa, pengajaran di sekolah dan kempen-kempen oleh kerajaan dan pihak swasta.

Menyemaikan pendidikan agama dan moral supaya hubungan seks haram tidak digalakkan.

Membuat laporan pesakit AIDS kepada pegawai Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Peranan Komuniti dalam Pencegahan Penyakit Hubungan Seks
Penyakit hubungan seks diakibatkan oleh bakteria yang dipindahkan melalui hubungan seks yang bebas. Contoh penyakit hubungan jantina ialah gonorea, sifilis dan herpes.

Penyakit ini biasanya boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. Walau bagaimanapun kebanyakan bakteria penyakit hubungan jantina sudah menjadi rintang terhadap banyak jenis antibiotik akibat penyalahgunaan antibiotik oleh sesetengah pesakit.

Pencegahan Penyakit Hubungan Jantina:


Pendidikan formal atau tidak formal kepada orang ramai supaya tidak melakukan hubungan jantina secara rambang.

Memberi pendidikan agama dan moral yang cukup kepada komuniti supaya tidak melakukan hubungan jantina yang bebas.

Mengawal dan menyekat terhadap kebebasan terhadap hubungan jantina dan aktiviti-aktiviti pelacuran.

Peranan Agensi Kerajaan dan Swasta dalam Kawalan dan Pencegahan Penyakit
Kerajaan dan badan swasta telah melaksanakan berbagai-bagai program kebersihan untuk mencegah dan mengawal penyakit seperti mengadakan kawsan perumahan terancang, menyediakan bekalan air bersih, kemudahan tandas yang sempurna serta pembuangan kumbahan dan sampah sarap yang teratur dan memberi pengimunan kepada ahli komuniti.

Kementerian Kesihatan
Kementerian Kesihatan perlu memperbaiki dan meninggikan taraf kesihatan dengan meyediakan perkhidmatan kesihatan serta pelbagai jenis program untuk mencegah dan mengawal penyakit. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti suntikan pengimunan terhadap rubela, hepatitis, campak dan sebagainya.

Mengadakan perkhidmatan kesihatan yang baik di kawasan luar bandar dan kawasan terpencil.

Mendidik orang ramai tentang kebersihan dan kesihatan serta kawalan penyakit berjangkit.

Memastikan kebersihan di pusat penyembelihan dan penyediaan makanan di kedai-kedai.


Institus Penyelidikan Perubatan banyak penyelidikan dijalankan di institut ini oleh para saintis tentang pelbagai jenis penyakit tropikal serta berusaha untuk mencari cara pencegahan dan pengawalannya.


Kementerian Kebajikan
Kerajaan memainkan peranan penting dalam mewujudkan taraf kesihatan yang tinggi di kalangan penduduk. Penyakit mudah merebak dalam komuniti miskin yang hidup dalam kawasan kotor dengan ketiadaan sanitasi dan bekalan air yang bersih. Daya tahanan tubuh terhadap penyakit adalah lemah disebabkan gizi yang tidak seimbang.

Antara langkah-langkah yang boleh diusahakan oleh Kementerian Kebajikan ialah dengan melipatgandakan usaha memberi bantuan seperti makanan berzat, program kesihatan dan sebagainya untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.


Agensi Siaran Umum
Kerajaan telah mengadakan program pendidikan kepada orang ramai tentang penyakit dan cara kawalannya. Maklumat penting ini disiarkan secara meluas melalui televisyen dan radio. Kaedah ini juga murah dan mudah sampai ke kawasan luar bandar, penagih dadah dan pelacur.

Agensi Swasta
Peranan yang dapat dimainkan oleh pihak swasta ialah:


Menyediakan sistem kumbahan yang baik, bekalan air yang bersih serta kawasan lapang untuk aktiviti riadah dalam projek perumahan.

Syarikat media massa perlu memberi sokongan kepada agensi siaran umum kerajaan dengan menyiarkan maklumat yang berkaitan dengan kawalan dan pencegahan penyakit kepada orang ramai.

Merawat sisa toksik sebelum dibuang di tempat yang sesuai oleh sektor industri.

Pemilik kenderaan perlu menjaga keadaan kenderaan mereka supaya tidak mengeluarkan terlampau banyak asap yang kotor.
Memberi bantuan kewangan kepada pihak yang terlibat dalam penyelididkan kawalan dan pencegahan penyakit.

Kekuatan Otot
Ia merupakan kebolehan otot mengatasi rintangan semasa aktiviti fizikal iaitu apabila otot menjadi kuat, aktiviti fizikal itu menjadi ringan dan meletihkan dengan cepat.
Otot-otot yang kuat dapat menyokong sendi dan menghindarkan ketegangan atau terseliuh. Kekuatan otot dapat memperbaiki postur badan dengan mengekalkan spina pada posisi yang betul. Otot yang kuat juga dapat mengempiskan perut.

Kelenturan
Ia merupakan keupayaan sendi anggota untuk bergerak dengan lancar tanpa berasa sakit dan lesu. Otot-otot yang menggerakkan sendi meregang secara beransur-ansur menjadikan sendi lebih mudah dilentur.

Komposisi Tubuh
Ia merujuk kepada peratusan lemak nisbah kepada peratusan otot dalam badan. Kandungan otot dan tulang melebihi kandungan lemak dianggap cergas.
Otot-otot menjadi lebih besar dan kuat. Tendon dan ligamen yang menyambung otot-otot dengan tulang juga menjadi lebih kuat.

Daya Tahan Kardiovaskular
Adalah keupayaan jantung dan salur darah membekalkan oksigen kepada sel-sel badan semasa aktiviti fizikal dijalankan.
Jantung yang sihat mampu mengepam lebih banyak darah yang diperlukan ketika melakukan sesuatu aktiviti. Jantung yang tidak cergas pula terpaksa berdenyut dengan lebih cepat untuk mengedarkan oksigen.

Otot-otot akan menjadi lebih cekap dalam mengambil oksigen daripada darah dan menggunakannya untuk melakukan sesuatu kerja.

Daya Tahan Otot
Ia merupakan kebolehan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam suatu tempoh masa.

sumber-internet



0 Comments:

Post a Comment

<< Home