assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sunday, May 21, 2006


MARI MENGENALI MELAYU-CHAMPA.

1.KERAJAAN DAN BANGSA MELAYU-CHAMPA TELAH WUJUD SEJAK TAHUN 192 MASEHI.

2.PADA 1471,VIETNAM TELAH MENAWAN CHAMPA DAN MEMBUNUH PENDUDUKNYA.HANYA SEDIKIT SAHAJAYANG BERJAYA LARI KE KEMBOJA DAN LAIN-LAIN NEGARA.WALAU BAGAIMANA PUN,KERAJAAN KECIL CHAMPA MASIH WUJUD DI BAHAGIAN SELATAN.

3.KERAJAAN CHAMPA TELAH JATUH DAN TEWAS SEPENUHNYA DAN LUPUT DARI PETA DUNIA PADA TAHUN 1832 MASEHI.TIADA LAGI KERAJAAN CHAMPA YANG DAHULUNYA BEBAS,MERDEKA DAN KAYADENGAN PELBAGAI HASIL PERTANIAN DAN PERDAGANGAN.

4.MENURUT SUMBER TIDAK RASMI,BANGSA CHAMPA YANG TINGGAL DI NEGARA CHINA IALAH5 JUTA ORANG.MEREKA BERJAYA MELARIKAN DIRI KETIKA CHAMPA DITAWAN VIETNAM.APA YANG MENYEDIHKAN,KEBANYAKAN MEREKA TIDAK TAHU BERBAHASA CHAM DAN MENGIKUTAGAMA PENDUDUK SETEMPAT.

5.BANGSA CHAMPA BERADA DI SERATA PELUSUK DUNIA.KEBANYAKAN MEREKA BERHIJRAH KE NEGARA YANG MAJU DAN MEMBANGUN.MEREKA BERHIJRAH SETELAH TEWASBERPERANG DENGAN VIETNAM DAN KEKEJAMAN REJIM POLPOT DI KEMBOJA PADA 1975-1979.

6.BANGSA CHAMPA YANG BERADA DI VIETNAM IALAH 100,000 ORANG.KERAJAAN VIETNAM PADA MASA KINI MELAYAN BANGSA CHAMPA SEBAGAI WARGANEGARA DAN MENDAPAT HAKASASI DENGAN BAIK TIDAK SEPERTI KERAJAAN VIETNAM SUATU MASA DAHULU.

7.BANGSA CHAMPA YANG TINGGAL DI KEMBOJA IALAH 700,000 ORANG.MEREKA MENDAPATKEWARGANEGARAAN,HAK BERIBADAT DAN MENDIRIKAN MASJID.MEREKA JUGA MENDAPAT PENDIDIKAN DAN LAIN-LAIN HAK SEBAGAIMANA BANGSA PRIBUMI IAITU KEMBOJA.


8.BANGSA MELAYU-CHAM YANG TINGGAL DI MALAYSIA KIRA-KIRA 10,000 ORANG.KEBANYAKAN MEREKA DATANG KE MALAYSIA KETIKA KEMBOJA MENGALAMI PERANG SAUDARAPADA TAHUN 1975-1979.

9.BANGSA MELAYU-CHAM DAN KEMBOJA ADALAH BANGSA YANG BERBEZA.PERBEZAAN MERANGKUMI RUPA,BANGSA,AGAMA,KETURUNAN,BUDAYA,BAHASA,AGAMA,ADAT,SEJARAH DAN LAIN-LAIN.BANGSA KEMBOJAADALAH KEMBOJA,MANAKALA MELAYU-CHAM ADALAH MELAYU-CHAM.

10.RAJA KEMBOJA BERNAMA RAJA RAMADHIPATI 1 (1642-1658) ADALAH SATU-SATUNYA RAJAKERAJAAN KHMER (KEMBOJA) YANG MASUK ISLAM.BELIAU MENGANUT ISLAM SETELAH BERKAHWINDENGAN SEORANG GADIS MELAYU-CHAM YANG TINGGAL DI KEMBOJA.KETIKA ZAMAN PEMERINTAHANNYA,BAGINDA MEMBERI PELUANG KEPADA RAMAI BANGSA MELAYU-CHAM BEKERJA SEBAGAI PEGAWAI KERAJAAN DAN MEMBINA LEBIH BANYAK MASJID DAN SURAU.SETELAH KEMATIAN BAGINDA,PEMERINTAHANRAJA KEMBOJA SEHINGGA KE HARI INI ADALAH BERAGAMA HINDU.

11.AGAMA ASAL BANGSA CHAMPA IALAH HINDU.BANGSA CHAMPA MULA MENGANUT ISLAM PADAABAD KE 17 MASEHI.

12.MENURUT TEKS SEJARAH MELAYU,RAJA DAN PEMBESAR CHAMPA TELAH MELARIKAN DIRI KEMELAKA SETELAH CHAMPA JATUH KE TANGAN VIETNAM PADA 1471.

13.KERAJAAN CHAMPA PERNAH MELAKUKAN PERDAGANGAN DENGAN KERAJAAN MELAKA DAN JOHOR DARI ABAD 14HINGGA 17.

14.BAHASA CHAM ADALAH SERUMPUN DENGAN BAHASA MELAYU,INDONESIA IAITU BAHASA AUSTRONESIA.

15.KETIKA PORTUGIS MENYERANG MELAKA PADA 1511,RIBUAN TENTERA CHAMPA DATANG MEMBANTU.WALAUBAGAIMANAPUN,MELAKA AKHIRNYA TEWAS DI TANGAN PORTUGIS.NAMUN,HUBUNGAN PERDAGANGANANTARA KEDUA-DUA NEGARA IAITU CHAMPA DAN MELAKA MASIH BERTERUSAN.
16.PENULIS SEJARAH CHAMPA YANG TERKENAL IALAH PO DHARMA.SEORANG BANGSA CHAM YANG KINI TINGGAL DI PERANCHIS DAN BERAGAMA HINDU.
17.BANGSA YANG PALING MALANG IALAH MELAYU-CHAM.MEREKA MEMPUNYAI BANGSA DAN BAHASA,MEMPUNYAI SEJARAH DAN TAMADUN TETAPI TIDAK MEMILIKI NEGARA SEBAGAIMANA BANGSA LAINDI MUKA BUMI INI.....

ADAKAH KERAJAAN DAN NEGARA CHAMPA AKAN WUJUD SEMULA?HANYA TAKDIR YANG AKAN MENENTUKANNYA......



my kids...

http://erfansaat.blogspot.com/

http://shafiahsaat.blogspot.com/

http://safasaat.blogspot.com/

Thursday, May 11, 2006



ARTIKEL : TIPS MEMBACA PANTAS.
Jika anda mahu membaca pantas,anda memerlukan kemahiran.Membaca
pantas akan banyak membantu seseorang terutama sekali pelajar,guru,wartawan,
pencinta buku,editor dan lain-lain.
Membaca pantas banyak menjimatkan masa kita.Jumlah buku,majalah,laman
web dan pelbagai jenis bahan bacaan yang wujud di dunia ini terlalu banyak.
Dalam setahun,mungkin anda mampu membaca 5 buah buku sahaja,namun
dengan kemahiran pantas membaca,anda berjaya membaca 12 buah buku setahun.
Ini membuktikan kemahiran pantas membaca adalah penting.
Jika anda mahu membaca pantas,anda memerlukan kemahiran.Tanpa
kemahiran,aktiviti senaman mata pun tidak diketahui.Begitulah pentingnya
kemahiran.
Antara tips membaca pantas ialah:
1.Tumpukan pembacaan.
Manusia mempunyai dua telinga,satu hati dan satu otak.Walaupun
mempunyai dua telinga,manusia tidak mampu mendengar dua perkara berlainan
yang diucapkan oleh dua orang.Ini disebabkan manusia hanya mempunyai satu
hati dan satu otak yang mampu menerima hanya satu perkara sahaja.
Jika anda mahu membaca,anda perlu mengelakkan gangguan.Jika membaca dan
radio atau tv terpasang,kemungkinan tumpuan pembacaan akan hilang.Ini
menyebabkan anda gagal membaca pantas.
Gangguan lain ialah masalah,tekanan,rindu,bebanan,kepanasan,kesejukan,
manusia yang berada di sekeliling dan lain-lain.Segala gangguan yang muncul akan
menjejaskan tumpuan pembacaan.Ini akan menyebabkan anda gagal membaca
dengan pantas.
2.Menyusun rangkap perkataan.
Anda perlu bijak menyusun rangkap perkataan dengan bijak.Sebagai contoh:
‘Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21
tahun dan ke atas’.
Ayat perlu disusun ialah:
Peraduan ini,
terbuka kepada semua warganegara Malaysia,
yang berumur 21 tahun ke atas.
Apabila anda menyusun rangkap jumlah setiap perkataan dengan betul dan telah
diformatkan dalam otak anda,anda akan berjaya membaca dengan pantas.
3.Membaca perkataan yang lebih penting.
Dalam satu ayat,tidak semua perkataan adalah penting.Sebagai contoh:
‘Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21
tahun ke atas’.
Perkataan yang penting ialah peraduan,warganegara,21,ke atas.
13 perkataan yang wujud dalam ayat tersebut hanya mempunyai lima perkataan
penting.
Walaupun hanya membaca 5 perkataan sahaja,anda akan faham maksud ayat
tersebut.
4.Tahu perkataan selepasnya.
Apabila anda sentiasa membaca buku,majalah,internet dan lain-lain,anda
akan tahu cara penggunaan sesuatu perkataan.Jika anda faham tentang
penggunaan perkataan dalam sesebuah jenis buku dan majalah,anda akan tahu
menjangka perkataan selepas sesuatu perkataan.
Sebagai contoh:
‘Pada masa kini,pelbagai gegala……..
Apabila anda melihat perkataan ‘gegala’,anda tahu perkataan selepasnya ialah
negatif.Ini menunjukkan anda tahu dan faham dengan jenis tulisan yang
anda biasa baca.
5.Akal dan hati bersatu.
Jika anda membaca,hati dan akal perlu bersatu.Kebanyakan pembaca,mereka
membaca buku dan otaknya difokuskan kepada pembacaan tetapi hatinya berada
di tempat lain.Ini akan mendatangkan masalah.Bukan sahaja anda tidak berjaya
membaca dengan pantas,malah menyebabkan anda tidak faham dengan cepat.
6.Otak dan mata perlu rehat secukupnya.
Jika mata atau otak anda penat,anda tidak akan dapat membaca dengan
pantas.Otak dan mata berhubung dan bergantung antara satu dengan yang lain.
Justeru,anda perlu memberikan kerehatan kepada otak dan mata secukupnya.
Cara memberi kerehatan ialah berhenti membaca setiap 30 minit dan berehatlah
selama 5 minit tanpa apa-apa aktiviti.
Demikianlah tips membaca pantas.Masa itu terlalu sedikit,kewajipan
dan tugas adalah banyak.Membaca pantas adalah jalan memanfaatkan masa
dengan lebih berharga.Selamat membaca pantas!


Sumbangan : Sata Saalimun
(Man Who Look Dummy But Not Dumb!)
Membaca,Menyalin,Menyebarluaskan adalah digalakkkan.
komen?nurassafa@yahoo.com

Wednesday, May 10, 2006



Kepada ibu bapa,mari dapatkan buku terbaru














MARI DAPATKAN ANTI SPYWARE PERCUMA:
www.doctor-lex.com/www.javacoolsoftware.com/spywareblaster.htmlwww.arovaxshield.com/www.emco.is/www.lavasoftusa.com/www.safer-networking.org/www.kephyr.comwww.tomcoyote.org/hjt/www.webroot.com/www.x-raypc.com/www.veloci.dkwww.javacoolsoftware.com/spywareguard.html

Monday, May 08, 2006









Artikel :Apa yang penting dan Apa yang lebih Penting. Masa adalah terhad dan terbatas.Sehari semalam hanya mengandungi 24 jam.Masa yang singkat dimiliki manusia namun pelbagai tugas dan kewajipan yang perlu dilaksanakan. Sebagai manusia bijak,kita perlu memilih apa yang penting atau yang lebih penting.Kebijaksanaan akan memandu kita dalam memilih perkara yang lebih penting agar masa dapat dimanfaatkan.Cuba teliti perkara-perkara berikut:1.Membaca surat khabar adalah penting.Begitu juga membaca Quran.Jika kita membaca surat khabar sehari 2 jam dan membaca Quran hanya 20 minit,kita telah mementingkan perkara penting dan mengabaikan perkara yang lebih penting.2.Melanggar lampu merah adalah penting kerana mahu cepat sampai ke destinasi tetapi bersabar dan mematuhi peraturan adalah lebih penting demi keselamatan diri sendiri dan orang lain.3.Membeli majalah artis adalah penting tetapi membeli majalah ilmiah adalah lebih penting.Majalah hiburan hanya bersifat sementara dan majalah ilmiah memberi faedah jangka masa panjang.4.Mencari suami berharta dan kacak adalah penting tetapi mencari suami yang soleh adalah lebih penting.Suami soleh mmeberi kebahagian dunia dan akhirat.5.Bercakap benar adalah penting tetapi mengelakkan bahaya dan terpaksa berbohong adalah lebih penting.Fikir-fikirkan apa yang penting dan apa yang lebih penting dalam kehidupan kita…
ARTIKEL SUMBANGAN SATA SAALIMUN.Membaca,menyalin dan menyebarluaskan adalah digalakkan. komen?e-mail kpd nurassafa@yahoo.com

Tuesday, May 02, 2006


ARTIKEL : BAGAIMANA BERBELANJA BERHEMAT.
PADA MASA KINI,RAMAI MANUSIA MENGALAMI MASALAH KEWANGAN.BAGI YANG BERGAJIBESAR DAN MEWAH,MUNGKIN TIADA MASALAH.NAMUN KEPADA MEREKA YANG BERGAJI KECIL,MEMANGMASALAH. JIKA ANDA BERGAJI KECIL,ANDA PERLU BERHEMAT DALAM BERBELANJA.KENAIKAN PETROLBARU-BARU INI MEMANG MENGUNDANG KEPERITAN DAN KESUSAHAN KEPADA GOLONGAN MISKINDAN BERPENDAPATAN RENDAH.BACALAH NASIHAT INI.
TIPS KEPADA MEREKA YANG MAHU BERHEMAT IALAH:
1.JANGAN MEMBELI TERBURU-BURU.BUAT TINJAUAN HARGA SEBELUM MEMBELI.INI AKAN DAPAT MENJIMATKAN WANG ANDA.
2.PILIH SATU BARANG YANG MURAH DI SESEBUAH KEDAI.KEMUDIAN BELI PULA DI TEMPAT LAIN.ANDA PERLU MELAKUKAN SEBEGINI KERANA SETIAP PENIAGA TIDAK AKAN MENJUAL KESEMUA BARANG PADAHARGA MURAH.SEBAGAI CONTOH,KEDAI A MENJUAL BERAS DENGAN HARGA MURAH.ANDA MEMBELI BERAS DIKEDAI A.MANAKALA KEDAI B,MENJUAL SUSU TIN DENGAN MURAH,ANDA BELI SUSU TIN.KEDAI C PULA MENJUAL IKAN MURAH,ANDA BELI IKAN DI KEDAI C,KEDAI D PULA MENJUAL BAWANG DENGAN MURAH,ANDA BELI DI KEDAI D.BEGITULAH SETERUSNYA.WALAUPUN MEMENATKAN TETAPI MENJIMATKAN WANG ANDA.
3.JANGAN BELI SAYUR DALAM JUMLAH YANG BANYAK WALAUPUN HARGA MURAH.SAYUR ADALAH BAHAN YANGTIDAK TAHAN LAMA WALAUPUN DISIMPAN DI DALAM PETI SEJUK.
4.SEBELUM MEMBELI MAKANAN YANG MAHU DIGUNAKAN DALAM JANGKA MASA LAMA SEPERTI SUSU TIN DAN BISKUT,PASTIKAN TARIKH LUPUT.JANGAN MEMBELI SEBELUM MELIHAT TARIKH LUPUT.
5.KURANGKAN MAKAN DI RESTORAN DAN GERAI.MASAKLAH DI RUMAH.DIJAMIN BERSIH DAN MENJIMATKAN.
6.JIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR.BANYAK PEMBAZIRAN DIGUNAKAN PENGGUNA.
7.BELAJAR CARA MENGGUNAKAN MOTOSIKAL ATAU KERETA DENGAN BETUL.PEMANDUAN YANG TIDAKBETUL AKAN MENYEBABKAN PEMBAZIRAN PETROL.
8.PASTIKAN ANDA MEMBELI BARANG KEPERLUAN SAHAJA.JANGAN MEMBELI SESUATU YANG TIDAKPERLU.
9.JANGAN BUANG PAKAIAN LAMA DAN LUSUH.BAHAN TERSEBUT BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAIALAS KAKI,PEMEGANG KUALI DAN PERIUK,PAKAIAN BASAHAN ANAK-ANAK DAN LAIN-LAIN.
10.DIDIKLAH ANAK-ANAK BERKONGSI PELBAGAI PERALATAN DAN PAKAIAN.IA MENJIMATKANDAN TIDAK PERLU MEMBELI BANYAK PAKAIAN DAN PERALATAN.
11.SEDIAKAN AIR MINUMAN DAN BEKAL MAKANAN KEPADA ANAK BERSEKOLAH.
12.JANGAN MEROKOK.JIKA TIDAK BOLEH BERHENTI,MINIMUMKAN SEMINIMUMNYA.
13.BIASAKAN ANAK-ANAK MAKAN NASI DAN MAKANAN BERKHASIAT.INI AKAN MENJAUHKAN MEREKADARIPADA MENYUKAI MAKANAN RINGAN DAN PEMBAZIRAN.
14.JIKA MAHU MEMBELI PAKAIAN,TUNGGULAH APABILA MENDAPAT HARGA TAWARAN MURAH DAN PROMOSI.JANGAN BELI KETIKA WAKTU PUNCAK SEPERTI MUSIM PERAYAAN KERANA KEBANYAKAN PENIAGA MAHU MENGAUT KEUNTUNGAN SEBANYAKNYA.
15.BELAJAR MENCARI PENDAPATAN TAMBAHAN.BANYAK KERJA BOLEH DILAKUKAN UNTUKMENDAPATKAN WANG.
16.DIDIKLAH DIRI SENDIRI DAN ANAK-ANAK KEPENTINGAN BERJIMAT DAN BERHEMAT.
SUMBANGAN VISION PROGRESS CONSULTANT.2006.MEMBACA,MENYALIN,MENGEDARKAN ADALAH PERCUMA DAN DIGALAKKAN.

Monday, May 01, 2006


ARTIKEL:Bagaimana mendapat idea?
Ramai manusia sama ada
pelajar,usahawan,penulis,guru,pemimpin,wakil
rakyat,penoreh getah,penyanyi,pekerja dan lain-lain sering berhadapan dengan masalah mendapat idea.Ibu bapa tidak mempunyai idea bagaimana nak menangani anak yang degil.Guru tidak tahu bagaimana menangani pelajar yang malas.Usahawan tidak tahu bagaimana menambahkan pendapatan dan mendapat keuntungan. Kebanyakan manusia mencari idea untuk mengatasi pelbagai masalah tetapi berhadapan dengan kegagalan kerana tidak dapat menemui idea-idea yang bernas.Bagaimana menjadi manusia yang sentiasa memiliki idea?Pertama : Membaca. Manusia bijak kerana ilmu.Manusia bodoh juga kerana ilmu.Tiada manusia menjadi bijak tanpa ilmu.Jika ingin banyak idea,anda perlu membaca kerana membaca menambahkan idea anda dalam mengatasi pelbagai masalah dan kemusykilan di muka bumi ini.Kedua : Melihat dan berfikir. Apakah yang anda lihat setiap hari? Kereta,motor,pokok,televisyen,buku,komputer,guru,pelajar,ibu bapa,anak,jalan raya,sungai,telefon,papan tanda,polis,basikal,pintu,langsir dan macam-macam yang anda lihat. Jika anda mahu memiliki idea,anda perlu belajar melihat dan berfikir.Bagaimana melihat dan berfikir?Sebagai contoh,anda melihat lampu siyarat merah,apa di fikiran anda?Manusia yang melihat dan berfikir akan mendapat idea untuk mencegah kemalangan iaitu jangan melanggar lampu merah kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan manusia lain.Itulah manusia melihat dan berfikir.Ketiga : Mengambil pengajaran. Anda perlu mengambil pengajaran.Sebagai contoh, anda seorang guru membaca di akhbar tingkah laku buruk pelajar sekolah lain.Sebagai guru anda akan mendapat idea dengan mencari punca salah laku pelajar tersebut dan mencari jalan agar pelajar sekolah anda tidak melakukan perbuatan sama.Itulah manusia yang mengambil pelajaran. Hayati apa yang berlaku di sekeliling dan dapatkan pengajaran,insya-Allah anda akan mendapat idea. Idea adalah monumen yang paling berharga dan bernilai.Tahukah anda berapakah yang dibayar Michael Jackson kepada penulis lirik lagunya?10 juta Dolar!Jika anda ingin menjadi manusia berjaya dan lebih kaya,anda perlu memiliki idea dalam kepala anda.Alangkah sia-sia memiliki organ otak tetapi kosong idea......Belajarlah bagaimana mencari idea dan pastikan idea anda adakah bernilai dan boleh ditukarkan dengan wang!
Artikel sumbangan Vision Progress Consultant.2006.Sebarang penyalinan,penyebaran dan penyimpanan adalah dibenarkan dan digalakkan.