assalamualaikum dan selamat sejahtera

Monday, May 08, 2006









Artikel :Apa yang penting dan Apa yang lebih Penting. Masa adalah terhad dan terbatas.Sehari semalam hanya mengandungi 24 jam.Masa yang singkat dimiliki manusia namun pelbagai tugas dan kewajipan yang perlu dilaksanakan. Sebagai manusia bijak,kita perlu memilih apa yang penting atau yang lebih penting.Kebijaksanaan akan memandu kita dalam memilih perkara yang lebih penting agar masa dapat dimanfaatkan.Cuba teliti perkara-perkara berikut:1.Membaca surat khabar adalah penting.Begitu juga membaca Quran.Jika kita membaca surat khabar sehari 2 jam dan membaca Quran hanya 20 minit,kita telah mementingkan perkara penting dan mengabaikan perkara yang lebih penting.2.Melanggar lampu merah adalah penting kerana mahu cepat sampai ke destinasi tetapi bersabar dan mematuhi peraturan adalah lebih penting demi keselamatan diri sendiri dan orang lain.3.Membeli majalah artis adalah penting tetapi membeli majalah ilmiah adalah lebih penting.Majalah hiburan hanya bersifat sementara dan majalah ilmiah memberi faedah jangka masa panjang.4.Mencari suami berharta dan kacak adalah penting tetapi mencari suami yang soleh adalah lebih penting.Suami soleh mmeberi kebahagian dunia dan akhirat.5.Bercakap benar adalah penting tetapi mengelakkan bahaya dan terpaksa berbohong adalah lebih penting.Fikir-fikirkan apa yang penting dan apa yang lebih penting dalam kehidupan kita…
ARTIKEL SUMBANGAN SATA SAALIMUN.Membaca,menyalin dan menyebarluaskan adalah digalakkan. komen?e-mail kpd nurassafa@yahoo.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home