AL-QURAN : FAEDAH DAN MANFAAT.
AL-QURAN ADALAH MUKJIZAT YANG DITURUNKAN KEPADA NABI SAW
DAN TELAH BERUSIA LEBIH 1400 TAHUN.SEBAGAI ORANG ISLAM,KITA PERLU BERSYUKUR KPD ALLAH KERANA MENINGGALKAN SATU PETUNJUK DAN PANDUAN BERNAMA QURAN.
MEMBACA QURAN ADALAH AMALAN YANG AMAT BERNILAI DAN DIBERIKAN PAHALA YANG BESAR.ANTARA HADIS SAW IALAH:
1.“BACALAH QURAN MAKA SESUNGGUHNYA IA AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT SEBAGAI PENOLONG ORANG YG MMEBACANYA” .
2. “SEBAIK-BAIK KAMU IALAH ORANG YG MEMPELAJARI QURAN DAN MENGAJARKANNYA”.
3. “ BARANGSIAPA MEMBACA SATU HURUF DARIPADA KITAB ALLAH MAKA BAGINYA SATU PAHALA DAN PAHALA AKAN DIGANDAKAN SEPULUH KALI.AKU TIDAK MENGATAKAN ALIF LAM MIM ITU SATU HURUF TETAPI ALIF SATU HURUF,LAM SATU HURUF,MIM SATU HURUF”.
4. “DEMI ALLAH YANG DIRIKU BERADA DI TANGAN-NYA,SESUNGGUHNYA MEMBACA SURAH ALIHLKAS ADALAH MENYAMAI SATU PERTIGA QURAN”.
ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA MEMBACA QURAN KERANA QURAN MENGANDUNGI PELBAGAI PENGAJARAN,HUKUM HAKAM,
PANDUAN,BIMBINGAN,SEJARAH,SAINS,NASIHAT,BUDAYA,KISAH TAULADAN,AMARAN DAN LAIN-LAIN.
SEBAGAI ORANG ISLAM,KITA PERLU BERUSAHA UNTUK MEMAHAMI KANDUNGAN QURAN.JANGAN HANYA TAHU MEMBACA TETAPI TIDAK FAHAM KANDUNGAN QURAN.
ANTARA PERKARA YANG PERLU DIAMBIL BERAT IALAH:
1.BELAJARLAH MEMBACA QURAN DENGAN TAJWID YANG BETUL AGAR MAMPU MEMBACA QURAN DENGAN TAJWID BETUL SUPAYA MENDAPAT PAHALA DAN TIDAK DILAKNAT QURAN.SEBUAH HADIS SAW BERMAKSUD “RAMAI ORANG MEMBACA QURAN TETAPI QURAN MELAKNATNYA”.
2.BERUSAHALAH MEMPELAJARI MEMBACA QURAN DGN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN AJARKAN KEPADA ORANG LAIN.IBU BAPA ADALAH PERLU MENJADI PEMBACA QURAN YG BAIK DAN MENGIKUT TAJWID AGAR MAMPU MENGAJAR ANAK-ANAK MEMBACA QURAN.
3.BERUSAHALAH MEMPELAJARI BAHASA ARAB AGAR DAPAT MEMAHAMI KANDUNGAN QURAN.JIKA TIDAK MAMPU,BACALAH TAFSIR QURAN DENGAN BAHASA YG DIFAHAMI.
4.JADIKAN MEMBACA QURAN SEBAGAI RUTIN DAN JADUAL HARIAN.
5.MEMBACA PERLU DIIRINGI PERASAAN TAWADDUK DAN MENELITI SETIAP AYAT-AYAT QURAN.
6.JANGAN BERASA MEGAH ATAU MAHU DIPUJI APABILA MEMBACA QURAN.IANYA AKAN MENGHAPUSKAN PAHALA DAN MENJADI SIA-SIA.
7. JANGAN JADIKAN QURAN SEBAGAI PERHIASAN SEMATA-MATA.JADIKAN QURAN TEMAN DAN SAHABAT BAIK ANDA.
8.JIKA MAMPU SEDEKAHLKAN QURAN KE MASJID,SURAU,RUMAH ANAK YATIM,ORANG MISKIN DAN LAIN-LAIN.PAHALA ORANG YANG MEMBACA QURAN AKAN DIKONGSI BERSAMA KERANA ANDA TELAH MELAKUKAN JARIAH.
9.BERUSAHA MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SEBANYAKNYA KERANA IA MENGANDUNGI PAHALA YG AMAT BESAR.MEMBACA SURAH TERSEBUT SEBANYAK 3 KALI ADALAH MENYAMAI MEMBACA SEBUAH AL-QURAN.
10.JADIKAN RUMAH ANDA PENUH DENGAN AYAT DAN BACAAN QURAN.JANGAN JADIKAN RUMAH KOSONG DAN SUNYI SEBAGAIMANA SEBUAH HADIS BERMAKSUD “RUMAH YANG TIDAK DIBACA QURAN ADALAH RUMAH YANG KOSONG”.
ORANG ISLAM PERLU MENGEJAR PAHALA SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH BERMAKSUD “BERLUMBA-LUMBALAH KAMU MENGEJAR KEBAIKAN DAN TAKWA”.
MANFAATKAN QURAN.JADIKAN QURAN SEBAGAI BAHAN BACAAN UTAMA DAN PANDUAN.QURAN ADALAH PEMBIMBING DAN PETUNJUK KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
SATA SAALIMUN-VPC-2006.
MEMBACA,MENYALIN,MENGEDARKANNYA ADALAH AMAT DIGALAKKAN.
1 Comments:
jom jalan2 ke Laman Al-Quran ni.
Klik utk baca laman Al-Quran Online, di esasterawan.
Post a Comment
<< Home