WEBSITE YANG PERLU DILAYARI:
WWW.PTS.COM.MY
www.myorionet.com
http://www.geocities.com/islam_ap/
http://islamic-world.net/parenting/parenting_page/main_index.htm
http://www.tourism-melaka.com/
http://www.melaka.gov.my/
WWW.UTUSAN.COM.MY
WWW.BHARIAN.COM.MY
WWW.HMETRO.COM.MY
http://www.ummah.net/
http://www.islamicity.com/
http://www.islam-qa.com/
http://www.geocities.com/azdriana/
http://www.duniahatiku.blogspot.com/
http://www.abunaqibah.blogspot.com/
http://nurhikmah.blog.com/
http://www.mesiti.it/arabic/wiki/wiki.asp
www.mesra.net
http://www.tafsir.net/
http://www.geographic.org/
www.fotopages.com
http://www.wikipedia.org/
www.darulnuman.com/
http://www.yadim.com.my
http://www.geocities.com/alazhar_mirc/index.htm
http://sasteraislami.blogspot.com/
http://nurassafa.blogspot.com/
http://www.sabahan.net
http://www.download.com/
http://www.muslimsonline.com/webemail.html
http://www.islamway.com/
http://www.muslimsonline.com/webemail.html
http://www.islamonline.net/www.mesra.net
http://www.beautifulislam.net/wpaper/
manfaatkan internet dengan melayari website berfaedah....
ARTIKEL:WAWASAN 2020 AKAN TERCAPAI LEBIH CEPAT.....
Wawasan 2020 adalah ilham yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr.Mahathir bin Mohamad.Beliau mencetuskan idea tersebut setelah bersusah payah membangunkan negara dan yakin Malaysia akan mampu mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 nanti.Sebagai rakyat yang inginkan dan mahukan kemajuan,kita mesti berusaha mencapai sasaran negara maju sebelum tarikh tersebut.Sebagai rakyat yang bijak dan matang,haruslah mencari idea dan inisiatif untuk menjejaki kemajuan secepat mungkin.Jika tidak,negara lain yang telah mecapai taraf negara maju akan terus meninggalkan kita.Lihatlah Singapura yang kecil itu telah mencapai nikmat kemajuan hasil gigih pemimpin republik dan usaha bersungguh-sungguh rakyatnya mengejar kemajuan. Malaysia akan berjaya mencapai taraf negara maju dalam masa lebih cepat jika mengikut cadangan dan idea yang akan dikemukakan.Semoga anda membacanya dengan teliti dan melaksanakannya.Cadangan ini dikemukakan setelah mengkaji kemajuan negara-negara lain.Cadangan-cadangan yang patut dikaji dan dilaksanakan ialah:
1.MENGUASAI BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK.
SETIAP RAKYAT MALAYSIA SAMA ADA MURID SEKOLAH,PELAJAR UNIVERSITI,MAKTAB DAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI,PEMANDU TEKSI,LORI,PEKEBUN,GURU,PENGAYUH BECA DAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT PERLU MENGUASAI BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK.JIKA KITA MAMPU MENGUASAI BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK,KITA MAMPU MEMBACA RIBUAN BUKU BERBAHASA INGGERIS,LAMAN WEB,SURATKHABAR DLL.DALAM ZAMAN INI,KEBANYAKAN BUKU ILMIAH TERUTAMA ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI ADALAH DI DALAM BAHASA INGGERIS.BAHASA INGGERIS BANYAK FAEDAHNYA SAMA ADA UNTUK MEMBACA BAHAN ILMIAH,MENJADI PEMANDU PELANCONG,MELUASKAN PENGETAHUAN,MENULIS KARYA,MEMPROMOSI PELANCONGAN,MENINGKATKAN PERNIAGAAN.BAHASA INGGERIS JUGA PENTING UNTUK IBU-BAPA KERANA MEREKA ADALAH ROLE-MODEL YANG BAIK UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MEMPELAJARINYA DENGAN BAIK.KAJIAN MENUNJUKKAN IBU-BAPA YANG MAHIR BERBAHASA INGGERIS MAMPU MELAHIRKAN ANAK-ANAK YANG FASIH BERBAHASA INGGERIS.SEPATUTNYA INU-BAPA MEMPELAJARI BAHASA TERSEBUT TANPA MENGIRA BERAPA USIA MEREKA.JIKA ANDA MAMPU,KUASAILAH BAHASA INGGERIS DENGAN BAIK HINGGA ANDA MAMPU MEMBACA,MENULIS DAN MEMAHAMINYA.DAN JIKA ANDA INGINKAN KEMAJUAN YANG LEBIH CEPAT,KUASAILAH BAHASA INGGERIS,ARAB DAN MANDARIN.KETIGA-TIGA BAHASA TERSEBUT MEMPUNYAI PERANAN YANG BESAR UNTUK MENARIK PELABURAN DAN PELANCONGAN.SEJARAH MEMBUKTIKAN BAHAWA BANGSA YAHUDI YANG MAJU DAN KAYA ITU MENJADI MAJU KERANA MENGUASAI BAHASA ARAB,MENGKAJI BAHAN ILMIAH TOKOH TERDAHULU SEPERTI IBNU SINA,IBNU BATTUTA,IBNU KHALDUN,AL KHAWARIZMI DLL TOKOH ISLAM YANG CEMERLANG DAN GEMILANG.BANGSA ASING MAJU KERANA MEREKA MENGKAJI RIBUAN BUKU-BUKU KARANGAN ILMUWAN ISLAM TERDAHULU.JIKA ANDA INGIN MENJADI ORANG YANG PALING PANDAI DAN MAJU,PELAJARILAH BAHASA INGGERIS DAN ARAB DENGAN BAIK,BACA DAN KAJILAH BAHAN ILMIAH DALAM KEDUA BAHASA ITU.BAHASA IBUNDA ANDA TAKKAN HILANG JIKA ANDA MAHIR KEDUA BAHASA TERSEBUT.
2.RAJIN MEMBACA.MEMBACA ADALAH JAMBATAN ILMU.NEGARA MAJU SEPERTI JEPUN DAN AMERIKA SYARIKAT MAJU KERANA RAKYATNYA SUKA MEMBACA.RAKYAT YANG SUKA MEMBACA,AKAN MELAHIRKAN RAKYAT YANG SENTIASA BERILMU,MENGELUARKAN IDEA BERNAS UNTUK MEMAJUKAN NEGARA.SEBAGAI RAKYAT YANG INGINKAN KEMAJUAN TERCAPAI SEPATUTNYA RAJIN MEMBACA TERUTAMA PARA PELAJAR,GURU,PENSYARAH,DEKAN,NAIB CANSELOR,GURU BESAR DAN PENGETUA,KETUA BALAI,KETUA PEJABAT,AHLI PARLIMEN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI,PEGAWAI DAERAH,PEGAWAI KERAJAAN ATASAN DAN BAWAHAN,KETUA KAMPUNG,KETUA MENTERI DAN MENTERI BESAR,MENTERI DAN TIMBALANNYA,SETERUSNYA PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA.RAKYAT YANG RAJIN MEMBACA AKAN MELAHIRKAN IDEA BERNAS MEMAJUKAN NEGERI DAN NEGARA.RAKYAT YANG SENTIASA MENAMBAHKAN ILMU ADALAH RAKYAT YANG BIJAK.ILMU MESTI DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA KERANA ILMU ITU LUAS DAN BANYAK.UNIVERSITI DAN MAKTAB HANYA MEMBERI 10 PERATUS ILMU POKOK SAHAJA,APABILA KELUAR NANTI,SEPATUTNYA MENCARI DAN MENAMBAH ILMU.PEGAWAI DAERAH YANG BERILMU AKAN MELAHIRKAN IDEA MEMAJUKAN KAWASAN DAERAHNYA,KETUA KAMPUNG YANG BERILMU AKAN MELAHIRKAN KAMPUNG YANG MAJU,BERWAWASAN DAN CANTIK BERBANDING KAMPUNG LAIN,AHLI PARLIMEN DAN AHLI UNDANGAN NEGERI BERILMU AKAN MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERILMU,RAKYAT YANG MAJU,RAKYAT YANG BERWAWASAN DI KAWASANNYA,KETUA MENTERI BERILMU AKAN MENJADIKAN RAKYATNYA BERILMU DAN BERWAWASAN,MEMAJUKAN NEGERINYA,MEMBERSIHKAN NEGERINYA,MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN DAN PENGANGGURAN.KETUA POLIS YANG BERILMU AKAN MENDIDIK PEGAWAI BAWAHANNYA SUPAYA SENTIASA MESRA,CEPAT DAN BETUL.PEGAWAI POLIS YANG SENTIASA BERILMU AKAN MELAHIRKAN IDEA BERNAS DAN CADANGAN SUPAYA JENAYAH DAPAT DIKURANGKAN,SEKALIGUS MENGURANGKAN MASALAH KEPADA RAKYAT SEPERTI KES KECURIAN,SAMUN,BUNUH,ROGOL,KONGSI GELAP,DADAH DAN LAIN-LAIN JENAYAH YANG MASIH BERLAKU.SEMUA MASALAH DI DUNIA INI ADA PUNCANYA.SETIAP MASALAH ADA PUNCANYA.JIKA MENGETAHUI PUNCA SEGALA MASALAH,MASALAH ITU BOLEH DISELESAIKAN DENGAN BAIK DAN BERJAYA.SETIAP PUNCA HARUSLAH DIKAJI DAN DICARI JALAN PENYELESAIANNAY MELALUI ILMU.KITA PATUT MENGKAJI KENAPA NEGARA LAIN LEBIH CEPAT MAJU BERBANDING KITA.APABILA KITA MENGKAJI SEBAB DAN PUNCA,KITA AKAN MENGETAHUI CARA-CARA MENCAPAI KEMAJUAN,KEMUDIAN MEMPRAKTIKKAN CARA TERSEBUT ,DITAMBAH PULA KITA MENGKAJI SENDIRI CARA SUPAYA LEBIH CEPAT MAJU DAN BERJAYA.USAHA SEDEMIKIAN AKAN MENDATANGKAN KEMAJUAN DENGAN LEBIH CEPAT.JADILAH RAKYAT YANG SUKA MEMBACA.BACALAH DI PERPUSTAKAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN DENGAN PERCUMA.KERAJAAN MELABURKAN RATUSAN JUTA UNTUK MEMBINA PERPUSTAKAAN YANG CANTIK DAN MEMPUNYAI RIBUAN ILMU UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT.CONTOHI TUN DR.MAHATHIR YANG SUKA MEMBACA.WALAUPUN BELIAU SIBUK DENGAN URUSAN RASMI SEBAGAI PERDANA MENTERI KETIKA MENJAWAT JAWATAN TERSEBUT,BELIAU SENTIASA MEMBACA APPABILA KELAPANGAN.SIKAP BELIAU YANG SUKA MEMBACA,MEMBANGUNKAN NEGARA DENGAN LEBIH CEPAT BERBANDING NEGARA ASIA LAIN YANG MASIH MISKIN DAN MUNDUR.MEMBACA MENAMBAHKAN ILMU,MELAHIRKAN IDEA BERNAS,MENCERDASKAN OTAK DISAMPING MENGUATKAN I.Q.BACALAH SEKURANG-KURANGNYA 10 BUAH BUKU SEBULAN.JIKA ADA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MAMPU MEMBACA 100 BUAH BUKU SEBULAN,KENAPA ANDA TIDAK?BELIAU MENGURUSKAN PERNIAGAAN,MEMPUNYAI ANAK ISTERI,MELAKUKAN PELBAGAI TUGAS TETAPI MAMPU MELUANGKAN MASA MEMBACA 100 BUAH BUKU SEBULAN.JADILAH RAKYAT YANG SUKA MEMBACA.LUANGKAN SETIAP HUJUNG MINGGU DENGAN MENGUNJUNGI PERPUSTAKAAN,MEMBACA BUKU ILMIAH.HIDUP INI SINGKAT,HABISKAN MASA ANDA DENGAN PERKARA BERFAEDAH.MEMBACA AKAN MENEMUKAN ANDA DENGAN PELBAGAI TEORI DAN CADANGAN YANG BERGUNA.MEMBACA AKAN MENCERAHKAN MINDA ANDA.MEMBACA AKAN MENJADIKAN ANDA MANUSIA BERILMU DAN TAHU MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMAJUKAN DIRI.JIKA ADA SEORANG JUTAWAN YANG HANYA BERKELULUSAN DARJAH ENAM BOLEH BERJAYA DENGAN PERNIAGAAN,MENGAPA ANDA TIDAK? WALAUPUN BELIAU TIDAK BERPELAJARAN TINGGI,BELIAU MENAMBAHKAN ILMU DENGAN MEMBACA,MALAH PARA GRADUAN YANG BERKELULUSAN IJAZAH DAN M.A HAIRAN DENGAN BELIAU YANG MEMPUNYAI PELBAGAI ILMU DALAM BIDANG EKONOMI,SAINS DAN TEKNOLOGI,ILMU AGAMA,POLITIK,SOSIAL,BUDAYA,SASTERA DAN LAIN-LAIN ILMU.BELIAU BERJAYA DALAM PERNIAGAAN KERANAN SUKA MEMBACA.BELIAU MENGETAHUI PELBAGAI ILMU KERANA SUKA MEMBACA.BELIAU PANDAI MENYELESAIKAN MASALAH KERANA SUKA MEMBACA.JIKA ANDA TANAMKAN SIFAT SUKA MEMBACA,ANAK-ANAK AKAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH ANDA.SEBAGAI IBU-BAPA SEPATUTNYA MENJADI ROLE-MODEL YANG BAIK DENGAN MENUNJUKKAN SIKAP SUKA MEMBACA.IBU-BAPA YANG SUKA MEMBACA AKAN MELAHIRKAN ANAK YANG SUKA MEMBACA.GURU YANG SUKA MEMBACA AKAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG SUKA MEMBACA.KETUA MENTERI YANG SUKA MEMBACA AKAN MELAHIRKAN RAKYAT YANG SUKA MEMBACA.SEPATUTNYA SETIAP RUMAH PATUT MENYEDIAKAN PERPUSTAKAAN MINI YANG CANTIK DAN KEMAS,MENYEDIAKAN TEMPAT MEMBACA YANG BERSIH DAN TERATUR SUPAYA MENGGALAKKAN DAN MENANAM MINAT ANAK MEMBACA.RAMAI IBU-BAPA SANGGUP MEMBELANJAKAN RIBUAN RINGGIT UNTUK MEMBELI BARANG MAINAN TETAPI LUPA MEMBELIKAN BAHAN BACAAN YANG BERGUNA UNTUK ANAK-ANAK.SEBAGAI IBU-BAPA YANG BAIK DAN BERILMU,SEPATUTNYA MEMBELIKAN MAINAN DAN BAHAN BACAAN DENGAN SEIMBANG.UTAMAKAN BAHAN BACAAN KERANA BAHAN BACAAN AKAN MENDIDIK ANAK-ANAK MENJADI MURID DAN PELAJAR YANG BERILMU.IBU-BAPA ADALAH GURU PERTAMA KEPADA ANAK-ANAK,SEPATUTNYA IBU-BAPA MENDIDIK ANAK MEMBACA APABILA ANAK MULA PANDAI BERKATA-KATA.ANAK ADALAH DILAHIRKAN BODOH DAN TIDAK TAHU APA-APA,IBU-BAPALAH YANG MENDIDIK MEREKA MENJADI MANUSIA BERILMU KERANA TUGAS MENDIDIK ADALAH TUGAS IBU-BAPA.WALAUPUN ANAK-ANAK TELAH BERSEKOIOLAH,IBU-BAPA MESTI RAJIN MEMANTAU TAHAP PELAJARAN ANAK-ANAK,MENGGALAKKAN MEREKA MEMBACA,MENYEDIAKAN BAHAN BACAAN YANG BERFAEDAH.JIKA MAMPU,BELILAH KOMPUTER DAN AJARLAH MEREKA MELAYARI LAMAN WEB YANG BERFAEDAH.DI DALAM LAMAN WEB,JUTAAN ILMU AKAN DIDAPATI DENGAN LEBIH MUDAH DAN BERKESAN.BACALAH BUKU,MAJALAH,ARTIKEL,LAMAN WEB DAN LAIN-LAIN BAHAN BACAAN YANG MENGEMBANGKAN MINDA DAN FIKIRAN.BACALAH SEBANYAK MUNGKIN SUPAYA ANDA MENJADI MANUSIA YANG PALING PANDAI DAN KAYA.BANYAK MEMBACA,MENAMBAH PENGETAHUAN.JADILAH MANUSIA YANG BERILMU DAN SENTIOASA MENAMBAHKAN ILMU.ILMU TIDAK AKAN MENGEJAR ANDA,ANDALAH YANG MENGEJAR ILMU.WANG BOLEH MEMBELI BUKU DAN MAJALAH,BUKAN ILMU.BACALAH....
3.MENINGKATKAN I.Q DAN E.Q.
I.Q CEMERLANG ADALAH ANUGERAH TUHAN KEPADA MANUSIA.BILL GATES YANG TIDAK MEMPUNYAI KELULUSAN TINGGI,MAMPU MENJADI MANUSIA TERKAYA DI DUNIA KERANA MEMILIKI I.Q DAN E.Q YANG TINGGI.MANUSIA MEMPUNYAI DUA KELEBIHAN IAITU I.Q DAN E.Q.MANUSIA YANG PALING BIJAK IALAH MANUSIA YANG SENTIASA MENINGKATKAN I.Q DAN E.Q.JIKA ANDA TIDAK BERPELAJARAN TINGGI,ANDA BOLEH MENINGKATKAN I.Q DENGAN BANYAK MEMBACA,MENGKAJI BAHAN ILMIAH,BERTANYA CENDEKIAWAN DAN BIJAK PANDAI.RAKYAT YANG TINGGI I.Q DAN E.QNYA AKAN MENJADI MANUSIA PANDAI DAN BERILMU,MEMBOLEHKANNYA MENCARI KEJAYAAN DALAM KEHIDUPANNYA.PERTINGKATKAN I.Q DAN E.Q ANDA DARI MASA KE SEMASA.
4.MENAMBAHKAN PENDAPATAN.RAKYAT YANG BIJAK IALAH RAKYAT YANG SUKA BERUSAHA MENINGKATKAN PENDAPATANNYA DENGAN PELBAGAI CARA YANG TIDAK MELANGGAR UNDANG-UNDANG NEGARA.DI MALAYSIA,KERAJAAN MENYEDIAKAN PELBAGAI PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI RAKYAT.JIKA ANDA SEORANG GURU,ANDA BOLEH MENAMBAH PENDAPATAN DENGAN MENULIS ARTIKEL,KARYA,BUKU DAN LAIN-LAIN BAHAN TULISAN BILA ANDA KELAPANGAN TERUTAMANYA KETIKA CUTI SEKOLAH.JIKA ANDA SEORANG PETANI,ANDA BOLEH MENANAM PELBAGAI PRODUK PERTANIAN SEPERTI BROKOLI,ASPARAGUS,DAUN BAWANG,BUNGA KOBIS DAN LAIN-LAIN SAYURAN YANG MEMPUNYAI HARGA TINGGI DI PASARAN..MANFAATKAN SETIAP INCI TANAH ANDA.TANAH ADALAH ASET PENTING YANG MESTI DIMANFAATKAN OLEH PETANI.PETANI YANG BIJAK AKAN MEMPELBAGAIKAN JENIS TANAMAN TERUTAMA SAYURAN YANG BERMUTU DAN MEMPUNYAI HARGA TINGGI DI PASARAN.BEGITU JUGA SURI RUMAH BOLEH MENAMBAHKAN PENDAPATAN DENGAN MENJAHIT,MEMBUAT KFAFTANGAN DAN CERDERMATA UNTUK DIHANTAR KE PUSAT PERNIAGAAN TERUTAMANYA DI KAWASAN PELANCONGAN.GRADUAN YANG MENGANGGUR JUGA BOLEH MENDAPAT PENDAPATAN DENGAN MENULIS BUKU DAN ARTIKEL,MENCIPTA LAMAN WEB YANG CANTIK DAN BERKUALITI UNTUK DIJUAL KEPADA BADAN KERAJAAN DAN SWASTA,MEMANFAATKAN TANAH,BERNIAGA KECIL-KECILAN.DI MALAYSIA,GRADUAN SEPATUTNYA TIADA ALASAN UNTUK MENGANGGUR KERANA KERAJAAN MENYEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN KEPADA RAKYAT SEPERTI KEMUDAHAN PINJAMAN,KEMUDAHAN PASARAN,KEMUDAHAN KEMUDAHAN ASAS,KEMUDAHAN LATIHAN DAN KURSUS UNTUK MEMULAKAN DAN MEMAJUKAN PERNIAGAAN.PARA GRADUAN YANG MENGANGGUR TIDAK SEPATUTNYA MENYALAHKAN KERAJAAN TERUTAMA PENGANGGURBIDANG SASTERA KERANA BIDANG SASTERA TIDAK MENEPATI PASARAN KERJA DI ZAMAN YANG MENCABAR INI.MENURUT SEORANG MENTERI,KIRA-KIRA 80,000 GRADUAN MENGANGGUR ADALAH LULUSAN SASTERA.PARA GRADUAN SEPATUTNYA MEMPELAJARI PELBAGAI ILMU SEPERTI ILMU KOMPUTER,SAINS DAN TEKNOLOGI DAN LAIN-LAIN ILMU UNTUK MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN TAHU CARA MENCARI REZEKI.WANG TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK TANPA BERUSAHA.WANG BOLEH DICARI DENGAN PELBAGAI CARA MELALUI PENULISAN,MEMBUAT LAMAN WEB,BERTANI,MENGAJAR ILMU KOMPUTER,MENGAJAR BAHASA INGGERIS DAN ARAB,MEMBUAT DAN MENJUAL KRAFTANGAN DAN PELBAGAI PELUANG PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN.SEMUA RAKYAT MALAYSIA BOLEH MENJADI JUTAWAN JIKA PANDAI BERUSAHA DAN MENINGKATKAN PENGETAHUAN.BUKA DAN LAYARILAH LAMAN WEB YANG AKAN MENDIDIK ANDA MENCEBURI PELBAGAI JENIS PERNIAGAAN DALAM DAN LUAR NEGARA.RAKYAT YANG BIJAK IALAH RAKYAT YANG TAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN UNTUK KESENANGAN DIRINYA DAN KELUARGA.CONTOHILAH BANGSA CINA YANG RAJIN BERUSAHA DAN BERJAYA DI DALAM PERNIAGAAN.BILL GATES MENJADI ORANG TERKAYA SETELAH MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN BERMODALKAN USD20,000 SAHAJA.LIHAT DAN KAJILAH KEGIGIHAN BELIAU BERUSAHA DARI BAWAH HINGGA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERKELULUSAN TINGGI.SEMUA MANUSIA BOLEH BERJAYA DALAM HIDUP ASALKAN TAHU CARA MENINGKATKAN PENGETAHUAN TENTANG BAGAIMANA NAK BERJAYA DI DALAM KEHIDUPAN.RAMAI AHLI PERNIAGAAN BERJAYA WALAUPUN MEREKA BELAJAR SETAKAT DARJAH ENAM SAHAJA.JIKA MEREKA BOLEH,MENGAPA ANDA TIDAK?
5.PEGAWAI KERAJAAN DAN SWASTA YANG BERILMU. PEGAWAI KERAJAAN DAN SWASTA YANG BERILMU AKAN MENDIDIK PEKERJA BAWAHANNYA MENJADI CEMERLANG DAN BERILMU.SEBUAH JABATAN DAN SYARIKAT YANG MEMILIKI PEGAWAI DAN PEKERJA YANG BERILMU AKAN MENJADIKAN JABATAN DAN SYARIKATNYA MAJU DAN PRODUKTIF.PEGAWAI YANG SENTIASA BERILMU AKAN SENTIASA MELAHIRKAN IDEA-IDEA BERNAS YANG BOLEH MEMAJUKAN DIRINYA DAN JABATAN BERKENAAN.PEGAWAI ATASAN TERUTAMANYA PATUT MENINGKATKAN ILMU,MENDIDIK PEGAWAI DAN PEKERJA BAWAHANNYA SUPAYA MENINGKATKAN ILMU,BERKONGSI IDEA DAN PANDANGAN UNTUK MEMAJUKAN JABATAN DAN SYARIKAT.DASAR PENSWASTAAN BANYAK MEMBERI KEUNTUNGAN KEPADA KERAJAAN MELALUI CUKAI PENDAPATAN YANG DIKUTIP DARI SYARIKAT DAN BADAN SWASTA SETIAP TAHUN.JIKA SYARIKAT SENTIASA MENDAPAT KEUNTUNGAN,KERAJAAN DAPAT MEMUNGUT CUKAI DALAM JUMLAH YANG BESAR,MEMANFAATKAN CUKAI TERSEBUT UNTUK MEMAJUKAN NEGARA.JADILAH PEGAWAI YANG CERDIK,BERILMU,BERWAWASAN,SENTIASA KREATIF,MEMPUNYAI IDEA-IDEA BERNAS,MENDIDIK SEMUA PEKERJA BAWAHAN DAN ATASAN MENJADI PEKERJA YANG BERKUALITI.JIKA SEBUAH SYARIKAT PEMOTORAN YANG TERKENAL DI JEPUN SANGGUP MENGUNDANG PENCERAMAH MOTIVASI UNTUK MEMBERI CERAMAH KEPADA PEKERJANYA UNTUK MEMANTAPKAN DAN MENAMBAH KREATIVITI PEKERJA,MEMBAYAR JUTAAN RINGGIT KEPADA PENCERAMAH TERSEBUT UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PEKERJA,MENGAPA SYARIKAT DI MALAYSIA TIDAK MENCONTOHINYA?KEJAYAAN SESEBUAH SYARIKAT ITU BERGANTUNG HASIL USAHA SEMUA PEKERJA BAWAHAN DAN ATASAN.PEGAWAI ATASAN PERLU RAJIN TURUN KE PADANG MELIHAT PEKERJA BAWAHANNYA,MELIHAT DAN BERTANYA MASALAH PEKERJA BAWAHANNYA DAN MEMBANTU PEKERJA BAWAHANNYA MENYELESAIKAN MASALAH.PEKERJA YANG MEMBAWA MASLAH DIRINYA,KELUARGANYA KE PEJABAT AKAN MEMPENGARUHI MUTU KERJANYA.OLEH DEMIKIAN ,SESEORANG PEKERJA SAMA ADA PEKERJA BAWAHAN ATAU ATASAN PERLU MENUMPUKAN PERHATIAN DALAM KERJANYA.DI DALAM KERAJAAN,MENTERI TIDAK MAMPU MENGURUSKAN SEGALANYA,OLEH DEMIKIAN SETIAP KEMENTERIAN MEMPUNYAI JABATAN DAN INDUK DI BAWAHNYA SUPAYA DAPAT MEMBANTU MENTERI TERSEBUT MEMAJUKAN DAN MENINGKATKAN PRESTASI SETIAP KEMENTERIAN.MENTERI YANG BIJAK IALAH MENTERI YANG SERING MEMANTAU DAN MENYELIDIKI JABATAN DI BAWAH KEMENTERIANNYA.CONTOHI TUN DR.MAHATHIR YANG BERJALAN KAKI BERKILOMETER ,MENINJAU PEMBANGUNAN PUTRA JAYA SUPAYA SEGALA PROJEK BERJALAN LANCAR KETIKA BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.WALAUPUN BELIAU SIBUK DENGAN TUGAS SEBAGAI PERDANA MENTERI,BELIAU MELUANGKAN MASA TURUN KE PADANG MELIHAT PEKERJA BAWAHANNYA UNTUK MENILAI PRESTASI PEKERJA.BELIAU JUGA PERNAH MEMBUAT LAWATAN SECARA MENGEJUT DI BUKIT BINTANG UNTUK MELIHAT SENDIRI MASALAH KEKOTORAN DI KAWASAN TERSEBUT SEDANGKAN KERJA TERSEBUT SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH DATOK BANDAR KUALA LUMPUR.JIKA SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENCONTOHI SIFAT DAN KERAJINAN TUN DR.MAHATHIR,MALAYSIA AKAN MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU DENGAN LEBIH CEPAT.WAWASAN 2020 AKAN MENJADI KENYATAAN.KITA PATUT BERTERIMAKASIH KEPADA TUN DR.MAHATHIR YANG TELAH MENINGGALKAN MALAYSIA DI DALAM ASAS YANG KUKUH,DIHORMATI NEGARA LAIN.DEMIKIANLAH BEBERAPA CADANGAN DAN IDEA UNTUK DIPRAKTIKKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA. GENERASI SEKARANG MESTI BERUSAHA GIGIH AGAR ANAK CUCU DAN GENERASI YANG AKAN DATANG MERASAI NIKMAT KEMAJUAN HASIL USAHA KERAS KITA SEMUA.BERUSAHALAH GIGIH DAN TEKUN.CONTOHI KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN TUN DR.MAHATHIR MEMAJUKAN NEGARA HINGGA MENCAPAI TARAF NEGARA MEMBANGUN.WALAUPUN BELIAU TELAH MENCAPAI USIA EMAS,BELIAU MASIH MENGORBANKAN MASANYA UNTUK BERBAKTI KEPADA BANGSA,AGAMA DAN NEGARA.JADILAH RAKYAT YANG BERWAWASAN,BERILMU,BERAKHLAK MULIA.RAKYAT MAJU,NEGARA MAJU!MALAYSIA BOLEH!!
ARTIKEL SUMBANGAN VISION PROGRESS CONSULTANT-2006-MEMBACA ADALAH PERCUMA.PENYALINAN PERLU IZIN BERTULIS.
1 Comments:
Wah
Hebat juga program 2020nya malaysia yah. Semoga tercapai!
segalahobi.blogspot.com
Post a Comment
<< Home