assalamualaikum dan selamat sejahtera

Monday, March 27, 2006




mari membaca.....
ARTIKEL:MANUSIA POSITIF.
MANUSIA POSITIF IALAH MANUSIA YANG MEMBERI FAEDAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.RAMAI MANUSIA TIDAK MENYEDARI KEPENTINGAN MENJADI MANUSIA POSITIF SEDANGKANMANUSIA POSITIF ADALAH PENTING DALAM SESEBUAH MASYARAKAT DAN NEGARA.MANUSIA YANG BIJAK ADALAH MANUSIA YANG BERUSAHA MENJADI MANUSIA POSITIF.ANTARACIRI-CIRI MANUSIA POSITIF IALAH:
1.BERILMU.
MANUSIA POSITIF SENTIASA MENCARI,MENAMBAH DAN MENINGKATKAN PENGETAHUAN DARI MASA KE SEMASA.MEMILIKI PENGETAHUAN AKAN MEMBANTU SESEORANG MENJADI POSITIF.SEBAGAI CONTOH,SESEORANGMENGAWAL PEMAKANAN DAN MEMILIH MAKANAN YANG SIHAT DEMI MENJAGA KESIHATAN YANG BAIK.TANPA ILMU PENGETAHUAN SESEORANG TIDAK AKAN TAHU CARA PEMAKANAN YANG SIHAT.JUSTERU ILMU ADALAH PENTING KEPADA MANUSIA YANG MAHU MENJADI MANUSIA POSITIF.
2.BERTIMBANGRASA.
MANUSIA POSITIF ADALAH MANUSIA YANG SENTIASA BERTIMBANGRASA KEPADA ORANG LAIN.JIKASESEORANG MENAIKI KENDERAAN AWAM DAN MENDAPATI SESEORANG YANG LEBIH MEMERLUKAN TEMPATDUDUK SEPERTI ORANG CACAT,PEREMPUAN HAMIL,WARGA TUA DAN LAIN-LAIN,DIA AKAN MEMBERIKAN TEMPAT DUDUK KEPADA ORANG YANG LEBIH MEMERLUKAN.MANUSIA POSITIF SENTIASA BERTIMBANGRASA.
3.MENGUTAMAKAN YANG LEBIH PENTING.
DALAM KEHIDUPAN,PELBAGAI PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN.JUSTERU MANUSIA POSITIF AKANLEBIH MENGUTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING.SEBAGAI CONTOH,MENONTON 'SENARIO' ADALAH PENTINGKERANA MEMBERIKAN KEGEMBIRAAN DAN GELAK TAWA,NAMUN MENONTON RANCANGAN 'DISCOVERY CHANNEL'ADALAH LEBIH PENTING KERANA MEMBERIKAN LEBIH BANYAK MAKLUMAT DAN INFO BERGUNA.BEGITU JUGA DENGAN MELEPAK.MELEPAK ADALAH PENTING TETAPI MEMANFAATKAN MASA DENGAN MEMANCING DAN MEMBACA BUKU LEBIH MEMBERI MANFAAT.JUSTERU MELEPAK PERLU DIJADIKAN PERKARAYANG TIDAK UTAMA. MENGHORMATI IBU BAPA ADALAH PENTING,NAMUN APABILA IBU BAPA BERSELISIHAN DENGANSUAMI,SEORANG ISTERI PERLU MENGUTAMAKAN SUAMI KERANA SUAMI ADALAH LEBIH PENTING.SYURGA SEORANG ISTERI ADALAH SUAMINYA.JUSTERU ISTERI PERLU BIJAK MENGUTAMAKAN YANG LEBIH PENTING. MEMBELI PERMAINAN UNTUK ANAK ADALAH PENTING,NAMUN MEMBELI PERMAINAN YANG BERUNSUR PENDIDIKAN ADALAH LEBIH PENTING.MENYERAHKAN KEHORMATAN KEPADA KEKASIH ADALAH PENTING SEBAGAI BUKTI CINTA SEJATI,NAMUN MENGEKALKAN MARUAH DAN MENJAGA HARGA DIRI ADALAHLEBIH PENTING.JUSTERU JAUHI SIKAP MENGORBANKAN MAHKOTA ANDA WAHAI PARA GADIS! LULUS DALAM PEPERIKSAAN ADALAH PENTING KEPADA PELAJAR,NAMUN LULUS DENGAN CEMERLANG ADALAHLEBIH PENTING DAN UTAMA.MELANGGAR LAMPU MERAH KERANA MAHU CEPAT SAMPAI ADALAH CARA YANG MUDAH NAMUN MENJAGA KESELAMATAN DIRI DAN ORANG LAIN ADALAH LEBIH PENTING.JUSTERU JAUHI SIKAP MELANGGAR LAMPU MERAH. BERCINTA DENGAN KEKASIH ADALAH PENTING DI UNIVERSITI TETAPI MENDAPAT KEJAYAAN 4.0 POINT ADALAH LEBIH PENTING.MENGGUNAKAN TELEFON JABATAN ADALAH MENJIMATKAN DAN MENGGEMBIRAKAN ,NAMUN SIKAP AMANAH DAN MENJAGA HAK KERAJAAN ADALAH LEBIH PENTING. KAJILAH SEGALA PERKARA DAN BIDANG DALAM KEHIDUPAN.PILIHLAH YANG LEBIH PENTING DAN UATAMA.MANUSIA POSITIF SENTIASA MENGUTAMAKAN YANG LEBIH PENTING KERANA HIDUP INI ADALAH MASA YANG SINGKAT.
4.MENGHARGAI HAK MANUSIA LAIN.
SETIAP MANUSIA ADALAH BERHARGA,BERMARUAH DAN MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI.SETIAPINDIVIDU PERLU MENGHARGAI HAK DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA MANUSIA LAIN.SIKAP MELUDAHMERATA-RATA BUKAN SIKAP MENGHARGAI ORANG LAIN.SIKAP MEMBUANG SAMPAH SESUKA HATI BUKAN MENGHORMATIMANUSIA LAIN.SIKAP MENJATUHKAN PERNIAGAAN ORANG LAIN BUKAN BUKTI MENGHARGAI MANUSIA LAIN.TABIAT BERLUMBA HARAM ADALAH SIKAP YANG TIDAK MENGHORMATI HAK ORANG LAIN.MEMBUAT BISING DI PERPUSTAKAAN ADALAH SIKAP MANUSIA NEGATIF. MEMBUAT BISING SEHINGGA MENGGANGGU JIRAN ADALAH SIKAP TIDAK MENGHARGAI HAK ORANG LAIN.MENCURI HARTA ORANG LAIN ADALAH SIKAP TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN.TIDAK MAHU MEMBAYARHUTANG ATAU SENGAJA MELAMBATKAN MMEBAYAR HUTANG PINJAMAN PERNIAGAAN DAN PENDIDIKAN ADALAH SIKAPYANG TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN. MANUSIA POSITIF SENTIASA MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN DAN SENTIASA MENJAGA HAK DAN KEPENTINGAH ORANG LAIN.JIKA ANDA MENGHARGAI MANUSIA LAIN,JANGAN LAKUKAN SESUATU PERBUATAN DAN TINDAKAN YANG MENYUSAHKAN ORANG LAIN.
5.RASIONAL.
MANUSIA PERLU RASIONAL DALAM PERCAKAPAN,PERBUATAN DAN TINDAKAN.ADAKAH RASIONAL SEORANGBAPA MEMUKUL GURU APABILA ANAKNYA DIROTAN KERANA MELAKUKAN KESALAHAN DISIPLIN?ADAKAHRASIONAL SEORANG ISTERI MENINGGALKAN SUAMI SETELAH PERNIAGAAN SUAMINYA JATUH BANGKRAP?ADAKAH RASIONAL MENCURAH ASID KEPADA SUAMI YANG INGIN BERKAHWIN LAGI?ADAKAH RASIONALSEORANG KANAK-KANAK PINTAR DAN CERDIK TIDAK DIBERIKAN BANTUAN ISTIMEWA? KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK RASIONAL DALAM TINDAKAN,PERBUATAN DAN TINDAKAN.INI AKANMENYUMBANG KEPADA IMPLIKASI NEGATIF KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.MANUSIA POSITIFADALAH MANUSIA YANG SENTIASA RASIONAL.
6.MATLAMAT HIDUP ADALAH BERJASA.
MANUSIA POSITIF INGIN HIDUP SEBAGAI MANUSIA YANG BANYAK BERJASA KEPADA MANUSIA LAIN.ALBERT EINSTEIN BERJAYA MENEMUI PELBAGAI STRUKTUR ATOM DAN NUKLEAR DAN MAHU DIMANFAATKANMANUSIA LAIN.NAMUN SIKAP MANUSIA MENYALAHGUNAKAN PENEMUAN BELIAU.ABRAHAM LINCOLN BERUSAHAMENDAPATKAN JAWATAN PRESIDEN USA DEMI BERJASA KEPADA RAKYAT.JASA YANG PALING BERHARGA DILAKUKANBELIAU IALAH MEMBEBASKAN BANGSA KULIT HITAM DARIPADA PERHAMBAAN. MANUSIA PERLU HIDUP SEBAGAI MANUSIA BERJASA.JIKA ANDA TIDAK MELANGGAR LAMPU MERAH ATAU MEMOTONG GARISAN BERKEMBAR,ANDA TELAH BERJASA KEPADA ORANG LAIN KERANA BERUSAHAMEGELAKKAN KEMALANGAN DAN KECEDERAAN.ITULAH MANUSIA BERJASA. JIKA ANDA TIDAK MENGGODA SUAMI ORANG LAIN,MUNGKIN DIA HIDUP BAHAGIA BERSAMA ISTERI DAN ANAK TERSAYANG.ITULAH MANUSIA BERJASA.JIKA ANDA TIDAK MENAGIH DADAH,ANDA TELAH MENJIMATKAN WANG KERAJAAN.ITULAH MANUSIA BERJASA.JIKA ANDA BERUSAHA MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN,ITULAH MANUSIA BERJASA.JIKA ANDA TIDAK MENYALAHGUNAKAN WANG DAN HARTA KERAJAAN DAN MAJIKAN,ANDA BERJASA. JIKA ANDA MEMBUANG SAMPAH KE DALAM TONG SAMPAH,ANDA MANUSIA BERJASA.JIKA ANDA BERUSAHA MENINGKATKAN PENDAPATAN DENGAN CARA HALAL,ANDA BERJASA.JIKA ANDA PEMURAH DENGAN ISTERI,ANDA BERJASA.JIKA ANDA MENUNAIKAN KEWAJIPAN YANG BAIK TERHADAP ANAK-ANAK,ANDA TELAH BERJASA. JIKA ANDA PELAJAR YANG TIDAK SUKA MENYUSAHKAN GURU,ANDA BERJASA.JIKA ANDA BERUSAHAMEMANDU DENGAN CERMAT DAN HEMAT,ANDA BERJASA.JIKA ANDA TIDAK MENAIKKAN HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN SEWENANGNYA,ANDA TELAH BERJASA.JIKA ANDA MEMBANTU IBU TUNGGAL,WARGA MISKIN,ANAK YATIM ANDA TELAH BERJASA.JIKA ANDA TIDAK MENCONTENG TANDAS DAN BANGUNAN,ANDA TELAH BERJASA.JIKA ANDA TIDAK MENGAMALKAN SEKS BEBAS,ANDA TELAH BERJASA.JIKA ANDA BERUSAHA MENDIDIK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN,ANDA BERJASA.JIKA ANDA MENGAMBIL TAHU DAN PEKA SERTA MEMBANTU MANUSIA YANGMEMERLUKAN,ANDA ADALAH MANUSIA POSITIF YANG HIDUP SEBAGAI MANUSIA YANG BERJASA KEPADA ORANG LAIN. JADILAH MANUSIA YANG BERJASA KEPADA ORANG LAIN.JADIKAN MATLAMAT HIDUP SEBAGAI MANUSIAYANG BERJASA.BERIKAN JASA ANDA KEPADA ORANG LAIN SEKADAR KEMAMPUAN.JIKA ANDA TIDAK MAMPU MEMBERIKAN PERKHIDMATAN MENYAPU SAMPAH DAN MEMBERSIHKAN SAMPAH,BERUSAHALAH AGAR TIDAK MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA SEHINGGA MENYUSAHKAN ORANG LAIN.JIKA ANDA TIDAKMAMPU MEMBERI BANTUAN KEWANGAN KEPADA ORANG MISKIN,ANGKATLAH DOA DAN BERILAH NASIHATYANG BERGUNA.SETIAP MANUSIA MAMPU BERJASA KEPADA MANUSIA LAIN.APA YANG PENTING IALAH KEMAHUAN. DEMIKIANLAH BEBERAPA CIRI MANUSIA POSITIF.SETIAP INDIVIDU WAJAR DAN PERLU BERUSAHA MENJADIMANUSIA POSITIF UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.ANDA BOLEH MENGUBAH DIRI ANDA.ANDA YANG MENENTUKAN HALA TUJU DAN WAWASAN DIRI SENDIRI.MENJADI MANUSIA POSITIF AKAN MEMBUAHKAN KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN DAN MAMPU MENGEKALKAN KEAMANAN,KSTABILAN DAN KEHARMONIAN.MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERUSAHA MENJADI MANUSIA POSITIF. KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH RINGKAS DAN TERHAD.JUSTERU BERUSAHALAH MENJADI MANUSIA POSITIF.MANUSIA POSITIF AKAN MEWUJUDKAN MANUSIA MAJU,BERTAMADUN DAN GEMILANG.KEJAYAAN SESEBUAH NEGARA BANYAK BERGANTUNG KEPADA MANUSIA POSITIF.JIKA SESEBUAH NEGARADIPENUHI MANUSIA NEGATIF,NESCAYA KEMISKINAN,KONFLIK,PERMUSUHAN,PEPERANGAN,HURU-HARADAN KEMUNDURAN AKAN TERUS BERLAKU.
ARTIKEL SUMBANGAN VISION PROGRESS CONSULTANT.HAK CIPTA TERPELIHARA 2006.MEMBACA ADALAH PERCUMA.PENYALINAN MEMERLUKAN IZIN BERTULIS.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home