assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sunday, March 26, 2006


KEPENTINGAN SOLAT.
SOLAT LIMA WAKTU ADALAH KEWAJIPAN KEPADA ORANG ISLAM YANG BERAKAL DAN BALIGH.NAMUN PADA MASA KINI RAMAI UMAT ISLAM MENINGGALKAN SOLAT.SESETENGAH HANYA SOLAT JUMAATSAHAJA.ADA PULA YANG HANYA SOLAT SATU WAKTU SAHAJA SEHARI SEMALAM.ADA PULA YANGTIDAK MENUNAIKAN SOLAT WALAUPUN SATU WAKTU. MENINGGALKAN SOLAT ADALAH DOSA BESAR NAMUN MASIH RAMAI UMAT ISLAM MENINGGALKAN SOLAT.MENGAPA RAMAI UMAT ISLAM MENINGGALKAN SOLAT?JAHIL,MEMANDANG REMEH KEWAJIPAN SOLAT,MALAS ADALAH PUNCA SESEORANG TIDAK MENUNAIKAN SOLAT.NAMUN KADANGKALA SESEORANG TIDAK DAPAT MENUNAIKAN SOLAT DI ATAS BEBERAPA SEBAB,ANTARANYA:
1.KERJA.
KADANGKALA SESEORANG BEKERJA DI TEMPAT YANG TIDAK MENYEDIAKAN TEMPAT MENUNAIKAN SOLAT.NAMUN JIKA ADA KESUNGGUHAN,SESEORANG BOLEH MENUNAIKAN SOLAT DI MANA SAHAJA ASALKAN TEMPAT BERSIH DAN SUCI.ANDA TIDAK BOLEH MENYALAHKAN MAJIKAN SEMATA-MATA JIKA MAJIKAN TIDAK MENYEDIAKANTEMPAT SOLAT.SEPATUTNYA ANDA BOLEH BERBINCANG DENGAN MAJIKAN AGAR MENYEDIAKAN TEMPATMENUNAIKAN SOLAT.JIKA MAJIKAN ENGGAN,ANDA PERLU MENCARI INISIATIF SEPERTI MEMBAWA SEJADAHDAN TUNAIKAN SOLAT DI TEMPAT BERSIH.
2.MASA.
KADANGKALA WAKTU KERJA BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG MENINGGALKAN SOLAT.SEBAGAI CONTOH,WAKTU REHAT KERJA IALAH PUKUL 12 TENGAHARI SEHINGGA 1 PETANG.KEMUDIAN MASUK KERJA SEHINGGA5 PETANG.INI AKAN MENYEBABKAN SESEORANG MENINGGALKAN SOLAT ZUHUR. MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN JIKA ANDA BERBINCANG DENGAN MAJIKAN.ANDA PERLU MEMINTAWAKTU REHAT DARI JAM 1 TENGAHARI SEHINGGA 2 PETANG.INI AKAN MEMBERI PELUANG ANDA MENUNAIKAN SOLAT ZUHUR. BEGITU JUGA DENGAN KERJA SHIF.JIKA ANDA BEKERJA WAKTU PAGI DARI JAM 7 PAGI SEHINGGA3 PETANG PADA HARI JUMAAT,ANDA AKAN KETINGGALAN SOLAT JUMAAT.PERKARA INI BANYAK BERLAKU KEPADA PEKERJA KILANG DI SELURUH NEGARA.KILANG YANG BEROPERASI 24 JAM AKANTERUS BEROPERASI DAN TIADA PELEPASAN KEPADA PEKERJA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT.MASALAHINI TELAH LAMA BERLAKU DAN TIADA PENYELESAIAN.INI AKAN MENYEBABKAN SESEORANG TERPAKSA MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT. 3.KEADAAN.
KADANGKALA KEADAAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG TIDAK BERSOLAT.SEBAGAI CONTOH,SESEORANG TERPERANGKAP DALAM KEADAAN 'JEM' DI JALAN RAYA.SESEORANG YANG BERADA DALAM PERJALANAN DALAM KAPAL TERBANG SELAMA 12 JAM.BEGITU JUGA DENGAN ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERPAKSA BERTUGAS SEPERTI POLIS DAN TENTERA.MEREKA TERPAKSA MENINGGALKAN SOLAT KERANA KEADAAN KERJA.JUSTERU SESETENGAH ULAMA' MEMBENARKANSESEORANG MENJAMAKKAN SOLAT DALAM KEADAAN TERTENTU SEBAGAIMANA SEORANG ANGGOTA TRAFIKTERPAKSA MENJALANKAN TUGAS MENGAWAL LALULINTAS KETIKA WAKTU MAGHRIB.KELONGGARAN INI AKAN MEMBERI PELUANG SESEORANG AGAR SENTIASA DAPAT MENUNAIKAN SOLAT LIMA WAKTU.
SOLAT ADALAH AMALAN YANG AMAT PENTING KEPADA ORANG ISLAM.SETIAP ORANG ISLAM PERLU MENUNAIKAN SOLAT DI MANA PUN BERADA.KEWAJIPAN SOLAT ADALAH SANGAT PENTING KEPADAORANG ISLAM.AZAB YANG AMAT PEDIH AKAN DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG TIDAKMENUNAIKAN SOLAT SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DI DALAM QURAN YANG BERMAKSUD"APAKAH PUNCA KAMU DIMASUKKAN KE NERAKA SAQAR?MAKA JAWAB MEREKA 'KAMI TIDAK MENUNAIKAN SOLAT'.INI ADALAH BUKTI BAHAWA BETAPA BESAR DOSA MENINGGALKAN SOLAT.
JIKA ANDA PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK,ANDA PERLU MENGGANTINYA.MARILAH KITA BERUSAHA MENJADI ORANG ISLAM YANG MENUNAIKAN SOLATDAN BERDOA AGAR SOLAT KITA DITERIMA ALLAH SWT.
ARTIKEL SUMBANGAN VISON PROGRESS CONSULTANT

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T
Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba'. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
SUMBER-INTERNET

0 Comments:

Post a Comment

<< Home