assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sunday, March 05, 2006



LIHATLAH KEAJAIBAN QURAN. GALILAH QURAN,PELBAGAI ILMU DAN KEMAHIRAN AKAN DIKETAHUI...

MENGAPA RAKYAT MALAYSIA MALAS MEMBACA?
Tahap pembacaan rakyat Malaysia masih rendah jika dibandingkan negara maju dan membangun lain.Menurut kajian,kebanyakan rakyat Malaysia membaca hanya sebuah buku setahun.Ini menunjukkan tahap pembacaan rakyat Malaysia masih rendah. Di Malaysia tiada alasan kepada individu untuk malas membaca.Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam seperti perpustakaan di setiap daerah,pekan dan negeri.Kerajaan amat peka dengan faedah dan manfaat membaca,namun kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang membaca berbanding aktiviti lain. Antara punca rakyat Malaysia malas membaca ialah:
1.Tiada kesedaran. Kebanyakan rakyat yang malas membaca tiada kesedaran tentang manfaat pembacaan.Membaca adalah jambatan ilmu dan menambah pelbagai pengetahuan dan kemahiran kepada seseorang.Tidak memiliki kesedaran menjadi punca rakyat malas membaca.
2.Menganggap membaca sebagai hobi tidak berfaedah.
Ada sesetengah beranggapan,hobi dan tabiat membaca tidak mendatangkan faedah berbanding hobi lain.Oleh demikian,ramai sanggup mengeluarkan wang membeli Vcd dan cd berbanding membeli buku kerana beranggapan membeli bahan bacaan adalah membazir dan tidak mendatangkan faedah.
3.Tiada masa.
Ada juga memberi alasan malas membaca kerana tiada masa.Apa yang dilihat,kebayakan rakyat Malaysia tidak memanfaatkan masa.Sebagai contoh,ketika dalam bas,LRT,Komuter,teksi dan lain-lain pengangkutan awam.Rakyat yang peka akan memanfaatkan masa dengan membaca. Begitu juga di dalam bank dan pejabat kerajaan ketika mahu menunggu giliran.Kebanyakan mereka membuang masa sebegitu sahaja tanpa membaca apa2 bahan bacaan.Jika manusia bijak,banyak masa terbuang boleh dimanfaatkan dengan membaca.
4.Tidak mendapat kepuasan. Ada segelintir berpendapat,membaca tidak mendatangkan kepuasan.Menonton wayang,mendengar muzik,bermain bola,menonton bola,menonton konsert,memancing,melepak lebih memberi kepuasan kepada seseorang.
5.Tiada inisiatif menambahkan ilmu.
Manusia yang malas membaca sebenarnya malas dan tidak mahu menambahkan pengetahuan.Setiap manusia memerlukan pengetahuan.Sebagai contoh,guru bahasa Melayu.Dengan membaca pelbagai bahan bacaan,ia akan emnambahkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi guru tersebut.Ahli perniagaan dapat menambahkan pengetahuan dalam perniagaannya dengan membaca pelbagai bahan.Suami akan menjadi lebih baik dengan membaca pelbagai buku tentang tanggungjawab.Isteri akan menyedari banyak kelemahan dan kesilapan dengan membaca pelbagai bahan berkaitan tanggungjawab dan hak isteri.Remaja tahu memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti sihat apabila membaca kerana membaca memberi pelbagai idea kepada remaja.Seseorang akan tahu menjaga kesihatan dengan lebih baik apabila banyak membaca bahan berkaitan kesihatan dan mempratikkannya dalam amalan seharian.Ini menunjukkan setiap manusia perlu menambahkan ilmu.Rakyat yang malas membaca ialah manusia yang tiada inisiatif menambahkan ilmu. 6.Sibuk.
Memang kebanyakan rakyat Malaysia sibuk.Sibuk bermain dam dan catur.Sibuk melepak.Sibuk bercanda di taman rekreasi,sibuk memancing,sibuk bekerja dan lain-lain.Manusia bijak tidak akan menjadikan alasan sibuk sebagai alasan tidak mahu membaca.Manusia yang kaya dan berjaya seperti Bill Gates mempunyai masa untuk membaca.Adakah kita sesibuk beliau?
7.Tidak menyedari kebaikan membaca.
Kebanyakan rakyat yang malas membaca adalah manusia yang tidak menyedari kebaikan dan manfaat membaca.Membaca bukan sahaja menambahkan pengetahuan tetapi juga memajukan manusia.Kejayaan Henry Ford adalah sikap suka membaca.Kejayaan Abraham Lincoln adalah sikap membaca.Kejayaan dan kemakmuran negara Malaysia adalah sikap dan tabiat bekas pemimpin,Tun Dr.Mahathir yang suka membaca. Membaca banyak memberi kebaikan kepada manusia jika seseorang sedar mengenainya.Ramai manusia mengidap kencing manis dan darah tinggi kerana mengabaikan kesihatan.Antara pengabaian yang selalu dilakukan ilaha tidak menjaga pemakanan dengan baik.Bagaimana hendak menjaga pemakanan jika seseorang malas membaca?Jika rajin membaca,seseorang akan tahu cara menjaga pemakanan dan mendapatkan kesihatan dengan lebih baik. Ramai manusia menghadapi pelbagai masalah di dunia ini.Kurang pengetahuan menyebabkan manusia membunuh diri,bergaduh,berperang,bermusuh,merosakkan orang lain,menghadapi masalah mental,mendera dan lain-lain perbuatan dan tindakan negatif.Manusia melakukan perbuatan negatif kerana kurang pengetahuan.Kebayakan perompak,pencuri dan penjenayah adalah manusia yang kurang membaca.Mereka mahu cepat kaya dengan jalan mudah.Mereka mahu membunuh orang lain kerana tidak berpuashati.Mereka meragut kerana tidak mahu bekerja.Pelbagai masalah dihadapi manusia.Masalah kewangan,masalah suami-isteri,masalah keibubapaan,masalah remaja,masalah dadah,masalah guru,masalah pelajar,masalah politik,masalah hiburan,masalah lepak,masalah buang sampah,masalah tandas awam dan pelbagai masalah lain yang wujud di dunia ini. Segala masalah boleh diselesaikan jika manusia rajin membaca.Membaca akan memberi banyak pengetahuan dan kemahiran.majoriti rakyat yang malas membaca adalah rakyat yang tidak menyedari faedah dan manfaat membaca.
Demikianlah beberapa punca rakyat Malaysia malas membaca.Membaca memberi banyak kebaikan kepada manusia yang sedar dan sayangkan ilmu.Negara yang telah maju dan kaya kerana memiliki majoriti rakyat yang rajin membaca.Lihatlah rakyat Jepun,di mana-mana pun mereka mebaca.Walaupun mereka telah maju,mereka terus dahagakan ilmu.
Mereka yang malas membaca,perlu ubah sikap.membaca menambahka pengetahuan dan memajukan diri.
artikel sumbangan vision progress consultant-2006
baca,simpan dan hantar kepada kawan2...tq

0 Comments:

Post a Comment

<< Home