Melancong : aktiviti manfaat dan berfaedah. Adakah anda suka melancong?Jika ya,teruskan membaca………Jika tidak,tutup komputer dan tidurlah….Faedah melancong:1.Melihat keajaiban ciptaan Allah seperti manusia,rupa bentuk bumi,pokok menghijau,sungai-sungai,batu bata,haiwan dan lain-lain.2.Melihat pelbagai tingkah laku dan watak manusia.3.Melihat pelbagai ciptaan manusia seperti bangunan,jalan,papan tanda,landskap,tasik buatan dan lain-lain.4.Meluaskan pengetahuan dan pengalaman.5.Memanfaatkan mata dengan melihat pelbagai benda dan perkara yang positif.6.Memanfaatkan kaki dengan melangkah di bumi Tuhan yang indah…7.Mendapatkan pelbagai jenis pakaian,cenderamata,hadiah dan lain-lain.8. Mengabadikan kenangan manis.9.Mengambil pelbagai gambar berlatarbelakangkan suasana dan tempat menarik.10.Memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah. Melancong memerlukan wang.Jika anda minat melancong,anda perlu memiliki wang.Tanpa wang,anda tidak akan ke mana-mana…..percayalah! Jika anda bekerja,belajarlah berjimat cermat dan berniaga kecilan untuk menambahkan pendapatan.Bekerja lebih masa juga perlu jika mahu menambahkan pendapatan.Jika anda pelajar,belajarlah bekerja ‘part-time’ ketika cuti sekolah untuk mengumpulkan wang dan meminta ibu bapa menambah wang saku untuk melancong.Jangan menyusahkan ibu bapa.Jika ibu bapa anda amat kaya,tak apalah…… Terlalu banyak tempat menarik dalam negara kita.Alangkah rugi jika anda tidak pernah melawat Cameron Highlands,Putra Jaya,Gunung Kinabalu,Tasik Kenyir,Pulau Langkawi,Pulau Pinang,Melaka,Fraser Hills,Pulau Tioman dan lain-lain.Jika anda mahu melancong pelbagai tempat menarik dalam negara,belajarlah mencari duit dan buatlah simpanan sedikit demi sedikit…
Antara tips kepada anda yang gemar melancong ialah:1.Rancang perbelanjaan.Jangan mahu melancong ke tempat menarik tetapi kocek cukup makan.Ianya akan menimbulkan banyak masalah.2.Dapatkan maklumat asas.Sebelum melancong,anda perlu mengumpul maklumat tentang tempat penginapan,harga hotel,tempat-tempat menarik,nombor telefon,kemudahan bas,teksi,kereta sewa dan lain-lain.Mendapatkan maklumat asas akan banyak membantu anda sebelum sampai destinasi.3.Kebiasaannya harga makanan di tempat pelancongan adalah mahal.Anda perlu meninjau-ninjau harga makanan.Jangan jadi seperti sebuah keluarga dari Johor yang makan ikan patin dengan lazatnya di Pahang dan terpaksa menggadaikan jam tangan kerana duit tidak cukup!4.Bawa filem dan bateri kamera secukupnya.Harga di tempat pelancongan memang amat mahal!5.Anda perlu bijak tawar-menawar jika mahu membeli sesuatu benda.Kebanyakan peniaga di pusat pelancongan bersikap cekik darah!6.Jangan lupa kompas kiblat.Tidak semua hotel dan pusat penginapan ada menyediakan arah kiblat.Kompas kiblat hanya berharga RM10 dan mungkin boleh digunakan sepuluh generasi!Belilah satu……7.Berkenalanlah dengan warga tempatan.Mungkin banyak cerita menarik yang dapat anda kutip dari warga tempatan.Jangan lupa tulis pengetahuan berguna yea!8.Anda perlu juga membawa buku tulis.Banyak perkara boleh ditulis seperti harga makanan dan nama restoran,harga cenderamata,bahan yang tiada di tempat anda,pengalaman manis,nama dan alamat warga tempatan yang anda jumpa dan berkenalan,pengetahuan berguna dan lain-lain yang berfaedah.9.Belilah sesuatu yang tiada di tempat anda.Jangan membeli sesuatu yang mungkin ada di tempat anda.10.Bersyukurlah kepada Allah kerana memurahkan rezeki anda dengan mendapat peluang melancong ke tempat menarik.Sambil melancong jangan lupa solat dan baca Quran.
11.Jangan lupa beli poskad dan hantar kepada ibu bapa tersayang,teman baik,guru dan lain-lain.Mereka amat menghargai poskad dari anda.Jangan lupa pula beli poskad untuk diri sendiri….12.Jadikan pelancongan sebagai aktiviti yang memberi hiburan,mematangkan diri,‘release tension’ dan aktiviti yang memberi keinsafan dan penghargaan kepada Allah.13.Mungkin jodoh anda berada di kawasan pelancongan.Siapa tahu!14.Jangan lupa edarkan brosur atau maklumat tentang tempat menarik tempat anda kepada orang yang anda jumpa.Saya pernah melakukannya ketika mendaki gunung Kinabalu.Saya telah memberi brosur kepada pelancong asing dan tempatan brosur yang mengandungi tempat menarik di Melaka……Manusia yang anda akan jumpa di kawasan pelancongan. Pelbagai jenis manusia yang anda akan jumpa di tempat pelancongan.Sebagai manusia anda perlu berhati-hati dan berwaspada.Antara jenis manusia yang anda akan jumpa ialah:1.Pencekik darah. Mereka tidak akan mencekik leher anda untuk mendapatkan darah tetapi mahu mendapatkan sebanyak mungkin wang anda.Mereka kebiasaannya peniaga,pemandu teksi,pemandu pelancong dan sedara maranya.Mereka manusia tamak dan mahu kaya dengan cepat! Pernah terjadi di Langkawi,di mana harga roti canai adalah RM5 sekeping sedangkan harga biasa adalah 70 sen.Merekalah pencekik darah!2.Penipu. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan wang dengan mudah.Ada yang menipu dompet hilang,baru kemalangan,suami mati dan lain-lain.Gunakan kebijaksanaan anda dalam mengenali manusia penipu.
3.Pencuri. Mereka akan mencuri dengan cara meragut,merompak dan lain-lain.Pencuri tahu bahawa pelancong datang membawa wang dan mereka menggunakan kesempatan mencuri untuk cepat kaya. Anda perlu berhati-hati dengan manusia yang akan anda jumpa.Jika anda melancong dan tidak menemui ketiga-tiga jenis manusia tersebut,anda beruntung dan anda adalah manusia yang bertuah.Ceritakan pengalaman anda jika anda tidak menemui satu pun jenis manusia tersebut.Jangan lupa yea! Ceritakan pengalaman anda. Apabila anda telah melancong ke tempat menarik,jangan lupa masukkan pengalaman anda dalam blog atau laman web anda.Anda perlu menceritakan kenangan manis,pahit,kelat,payau,masin kepada kawan-kawan,saudara mara dan lain-lain. Semoga pengalaman anda akan menjadi pengajaran,tauladan,nasihat kepada orang lain-lain yang belum berkunjung ke tempat pelancongan yang telah anda kunjungi.Manfaatkan internet untuk menyebarkan maklumat.Bersyukurlah kerana hidup di zaman internet bukan zaman melukis di tembok batu!ARTIKEL SUMBANGAN SATA SAALIMUN(Man Who Look Dummy But Not Dumb!)( Man Who Lost Parents since One year Old……..)Ada komen,pandangan,pendapat atau saudara maranya?hantar kepada nurassafa@yahoo.com
ANDA MENGALAMI MASALAH?BERKONGSILAH DENGAN KAMI…..Hantarkan masalah anda kepadanurassafa@yahoo.com
0 Comments:
Post a Comment
<< Home