MEMANFAATKAN RAMADHAN.
Apa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam dalam setahun ialah bulan Ramadhan,bulan yang mulia dan barakah.Manakala malam yang ditunggu-tunggu dalam Ramadhan ialah Lailatul Qadar,di mana malam itu amat bernilai kepada orang islam.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w,
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Itulah yang diriwayatkan oleh Aisyah ra,isteri nabi saw.
Kita telah mengetahui bahawa nabi saw adalah insan yang confirm masuk syurga tetapi beliau bersungguh-sungguh beribadat dan mengumpulkan pahala dan ini perlu dijadikan panduan dan teladan.Kita adalah insan yang tidak lagi confirm masuk syurga,justeru adalah perlu kita mencari lailatulqadar dan memanfaatkannya dengan ibdat,maghfirah dan keinsafan.
kita tidak tahu bila kita akan mati kerana dalam kad pengenalan 'mykad' hanya tertera tarikh lahir,tiada tarikh mati.
mungkin ini Ramadhan terakhir,siapa tahu?justeru marilah kita sama2 memanfaatkan ramadhan ini...
semoga kita mendapat LailatulQadar dan memanfaatkannya
1 Comments:
Hai dik, kak ila dah sampai ke sini dan awak juga sudah kak ila link di blog akak. Tahniah dan semoga kekal menjadi sahabat seblog.
Post a Comment
<< Home